KLIK UNTUK DUIT

Followers

Monday, June 20, 2011

Bercinta dengan kekasih part time-part 1

Isi kandungan surat dari bapa semalam benar-benar mengganggu emosinya.zalwani mengeluh panjang memikirkan permintaan bapa yang tidak pernah terlintas difikirannya. Dia lebih senang dengan kehidupan sekarang. Harapan bapa seakan memberikan bebanan pada dirinya.
Zalwani mengeluh lagi. Hanya itulah yang mampu dilakukan ketika ini  dia tidak mampu melukakan hati bapa tapi dia juga tidak mampu membohongi hatinya sendiri. Memang sehingga kini dia masih lagi bersendirian. Bukan kerana tiada yang sudi malahan kalau diikutkan telah ramai yang meluahkan isi hati untuk menjadikannya ratu di hati.
Tapi dia lebih senang bersendirian. Bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa ada yang menghalang. Dan yang pasti hatinya sendiri belum terbuka untuk seorang insan yang bergelar lelaki. Dia terlalu takut untuk jatuh cinta apatah lagi untuk bercinta.
“ Hoi ! jauh termenung”.
Lamunan  zalwani tersentak dengan sergahan Atiras Emyra . Dia segera menoleh. Melepaskan keluhan kecil. “ kenapa ni chan ?”. itulah nama paggilan bagi dirinya. Nama korea gitu.
“aku ada masalah sikit”.
Lemah sahaja suara itu menusuk ke telinga Atiras Emyra. Tidak seperti selalu. Kelakar pula melihat telatah zalwani begini.
“kau ada problem ? Apa dia ”.
“bapa aku tu…..
Kata-kata itu terhenti disitu. Zalwani terasa malu untuk meneruskannnya. Apatah lagi bila melihatkan senyuman Atiras Emyra.
Perlahan saja dia mengatur ayat itu. Memang seperti yang telah diduga ……tawa Atiras Emyra pecah. Menyebabkan hampir semua mata di kantin menoleh ke arah mereka. Arggghhh..
Zalwani tertunduk. Ada rasa-rasa dia juga ingin ketawa bersama-sama Atiras Emyra. Lucu. Memang melucukan. Dalam diam hatinya turut mentertawakan dirinya sendiri.
Suasana di pejabat agak kelam kabut. Apatah lagi apabila waktu untuk pulang hampir tiba. Masing-masing seboleh-bolehnya mahu menyiapkan kerja yang ada. Zalwani tekun mengadap laptop dan menyanyi kecil mengiringi senikata lagu ‘part time lover’ yang berkumandang tanpa memperdulikan telefon yang bordering di atas meja.
Kerjanya terlalu banyak dan dia tiada masa untuk menjawab panggilan telefon itu. Atiras Emyra di meja sebelah mengeleng kecil. Dia terus bangun dan mengapai telefon.
“hello, selamat petang.”
“boleh saya bercakap dengan zalwani.”
“siapa ni ? ”.
Ni bapa dia. Dia ada tak??
Gulp. Ni mesti tidak lain tidak bukan mesti mahu bertanya tentang soal perkahwinan…huhuhuhu..
“oh pak cik , ni Atiras ni. Pak cik apa khabar??”
Ewahh. Mana lah tau kot-kot pak cik ni ada extra boy lagi nak pass kat aku pulak. Bisik hati Atiras .
“sihat. Atiras macam mana plak.”
“Saya pun sihat pak cik. Pak cik tunggu sekejap yea.”
Atiras terus menekan butan hold. Bagi chance dia dengar muzik kejap.
“chan. Call for you.”
“siapa???”
Dia masih tidak mengalihkan pandangannya dari laptop miliknya.
“bapa kau ni”.
Hah. Dah tahu dah apa motif dia call aku ni. Tidak lain la tu.mesti bab kahwin ni. Tidak !!!
“kau cakap lah aku tak ada”
“apa punya anak kau lah chan, kau tak baik chan. Dia rindukan kau tu.”
Atiras Emyra tersenyum. Suka dia dapat menyakat.
“ Alah rindu apanya. Dia nak tanya pasal bab kahwin je tu.
“Habis tu macam mana ni?”
“cakaplah aku dah keluar. Nanti aku belanja kau KFC.
Cheh, rasuah pulak.
“set.”
Atiras Emyra tersenyum puas, lepas jugak perut aku untuk malam ini.
“hello pak cik, zalwani tidak ada la. Nanti saya surul dia call pak cik balik ya.
“hah eloklah tu. Suruh dia call cepat sikit. Pak cik ada hal penting nak cakap dengan dia.”
“insyaAllah. Assalamualaikum pak cik.”
Hinshhh.
“waalaikum salam .”
Klik. Talian diputuskan.
Zalwani telan air liur . jangan haraplah dia nak telefon. Ishh, cari penyakit namanya tu. Mujurlah ada kawan yang makan rasuah. Boleh jugak minta tolong. Dia bukan along Cuma tempat nak minta tolong.huhuhu
Orang ramai berpusu-pusu menuju ke hentaian bus stop. Mengejar masa,mengejas bas dan mengejar tempat duduk. Zalwani mengeluh mengenangkan tentang permintaan bapanya. Sampai bila dia harus mengelak dari bapanya. Dibuatnya dia dating kat rumahnya nanti langsung tak boleh lari. Lagipun sampai bila dia harus mengelak dan sampai bila dia harus bagi rasuah kat Atiras Emyra tu.
“oii,menung lagi. Sambil jalan pun boleh menung jugak.”
Atiras Emyra mengusik.
“Atiras aku tensionlah,bosan.”
Zalwani mencebik. Ingin saja dia menangis.
“sorrylah kalau aku menambahkan masalah kau lagi.”
Dia berasa bersalah dengan perbuatannya. Selama ini dia mempersendakan masalah yang ditanggung oleh zalwani. Bukan dia tidak memahami keadaan zalwani tapi sekadar ingin mengembirakan hati sahabat baiknya sejak dari bangku sekolah lagi.
“It’s okay, aku tak terasa pun.”
“so apa pendapat engkau.”
“Aku tak nak kahwinlah, lagipun aku tak kenal pun budak itu. Yang aku tahu dia anak member kamcing bapa aku. Pasal itulah dia nak jodohkan aku dengan budak itu.”
“ohh, nak mengeratkan silaturrahimlah tu.”
Atiras Emyra tersenyum lagi.
Dia mengeluarkan surat emak. Membuka dan membacanya entah untuk keberapa kalinya. Entah la. Atiras Emyra di sebelah turut mengintai. Bibirya tersenget-senget menahan senyum mengenangkan isi surat itu.
“tiras, aku ada idea. Entah boleh pakai ke tidak.
Senyuman zalwani kembali berseri.
“Apa dia?”
“bapa kata kalau aku dah ada calon sendiri, dia tidak kisah. Biarlah aku menentukan pilihan aku sendiri.”
“so what? Aku tidak fahamlah.”
“so aku ingin cari part time lover dan kenalkan dengan bapaku. Lepas ni gerenti dia senyap punya.”
Atiras Emyra menangguk kecil tanda setuju.
Tetapi siapa calonnya?
Zalwani mengeleng kecil. Dia mengeluh. Cuba mengingatkan semua kenalan lelaki yang ada. Sorang pun tidak boleh pakai,hampeh. Apa pun tak boleh. Huh. Meluat.
Deringan telefon menyentak lamunan zalwani. Lemah sahaja dia melangkah mendapatkan telefon di atas meja.  Telefon dicapai dan didekatkan di telinga.
Hello.
“wanie ke tu?.
Kus semangat. Macam kenal je suara. Zalwani berpura-pura tidak tahu.
“wani ni,bapa apa khabar?”
“Alhamdullilah, wani sihat?”
“Wani baru baik dari demam, sebab itulah tak dapat telefon bapa.”
Ishhh tipu sunat lagi. Bukan apa. Nak jaga hati orang tua.
“oh. Tak apalah. Wani dah dapat surat bapa?”
“surat? Aaa dah dapat dah.”
“macam mana? Bapa tak paksa engkau,kalau engkau ada pilihan hati engkau sendiri. Tapi anak pak cik Yusri engkau tu baik orangnya. Kerja pun elok.” Ada kedai sendiri pulak tu.
“tapi bapa….wani dah ada pilihan sendiri.
“kalau dah ada eloklah tu. Bapa bukan apa, teringin sangat nak bermenantu. Wani sajalah anak bapa.”
“Zalwani faham bapa.”
“Hah bila lagi nak bawak jumpa bapa?”
“Gulp. Orang tua ni pun tak sabra-sabar.
“nantilah dulu bapa, wani sekarang ni sibuk……………
Kalau ada cuti nanti wani bawak jumpa bapa.”
“Tapi jangan lama sangat ya.”
“Baik bapa.”
Klikkk! Talian telefon diputuskan. Zalwani merebahkan badannya di atas sofa panjang. Mengeluh. Atiras Emyra menggeleng kecil melihat keadaan sahabat baiknya itu. Kasihan pulak dia melihat zalwani yang sebelum ini tidak pernah bermurung.
“zalwani are you okay.”
Zalwani terdiam. Bagaikan tidak mendengar kata-kata Atiras Emyra.

5 comments:

kiwi said...

err.. tak faham lah.huhu

zorro said...

memang la xfham..lum hbis ag tulis ni
sy akan tambah sikit-sikit

♥ p a a n i ♥ said...

cerpen, novel? :)

Anonymous said...

gapo dio gitu....

zorro said...

awk rasa ape yea paani