KLIK UNTUK DUIT

Followers

Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Tuesday, July 10, 2012

TEKNIK MEMELIHARA PERHUBUNGAN DENGAN INSAN TERSAYANG



1.    Jangan sesekali memarahinya dihadapan orang ramai atau didepan kawan-kawan anda, kerana ini memperlihatkan tahap perhubungan anda dengan si dia.
2.    Jangan diulangi mengutuk si dia di belakangnya bersama kawan atau ahli keluarga anda, ini boleh menyebabkan dia berkecil hati atau terus menjadi marah apabila mengetahuinya.
3.    Jangan ragu-ragu bertanyakan teman anda sekiranya anda tidak pasti perbuatan anda buat itu melukakan hati si dia, seperti menjadi teman kepada kawan anda untuk pergi berjumpa dengan teman barunya, sekiranya si dia terlebih dulu tahu sebelum anda memberitahunya, tahap kepercayaan si dia kepada anda akan menjunam turun.
4.    Jangan sesekali menyatakan kriteria teman impian anda yang tidak sama dengan perwatakan atau prilaku si dia, kerana ini akan menyebabkan dirinya merasa seperti tiada gading, tanduk pun boleh lah.
5.    Jangan buat walau sekalipun, mengutuk ibubapanya kerana impaknya terlalu kuat sehingga anda boleh ditinggalkannya.
6.    Jangan diamalkan berbohong orang lain dihadapannya kerana ia boleh menimbulkan rasa curiga si dia terhadap anda.
7.    Akhir sekali terima lah si dia seadanya dia, dan layan lah si dia seadanya anda. Dan pasangan paling memahami dan menyayangi adalah kunci kebahagian.


»»  READMORE...

Monday, March 05, 2012

Tips Menjaga hati wanita

1.    Bila saja anda pulang ke rumah, carilah dia dahulu sebelum anda lakukan perkara lain dan peluklah dia.

2.   Tanya kepadanya soalan-soalan yang tertentu menunjukkan anda sedar apakah yang dia rancang untuk lakukan hari ini.

3.   Latihlah diri anda untuk mendengar serta bertanya soalan kepadanya.

4.   Bentengi diri anda untuk menyelesaikan masalahnya, tapi tunjukkan sifat memahami anda.

5.   Berikan padanya perhatian yang sebenar tanpa menunggu dia memintanya selama setengah jam setiap hari.

6.   Bawakan kepadanya hadiah yang mengejutkannya pada bila-bila masa lebih-lebih lagi pada tarikh atau perayaan yang bermakna.

7.   Rancanglah masa untuk bersamanya beberapa hari sebelum itu,jangan menunggu hingga malam Jumaat kemudian bertanya pula apakah yang hendak buat.

8.   Jika pada suatu malam, dia merasa letih atau terlalu sibuk untuk memasak, tawarkan diri anda untuk memasak pula.

9.   Selalulah memujinya dari segi kecantikan dan keanggunan rupa parasnya.

10.  Akui perasaannya bila dia merasa marah.

11.  Tawarkan bantuan kepadanya bila dia merasa letih dan penat.

12.  Jadualkan mana-mana perjalanan lebih awal agar dia tidak kelam kabut membuat persediaan.

13.  Sekiranya anda terlewat, jangan lupa untuk menelefon dia dan beritahu dia tentang hal itu.

14.  Bila dia mahukan sokongan anda dengan bertanya mengenai sesuatu perkara, katakan ya atau tidak. Jangan jadikan dirinya rasa bersalah kerana bertanya.

15.  Semasa perasaannya tersinggung, berikan padanya rasa simpati anda dan nyatakan kepadanya ‘Saya kasihan awak tersinggung’. Kemudian diamlah, biarkan dia dapat merasakan bahawa anda memahami yang dia tersinggung.

16.  Jangan cuba jelaskan pula kenapa rasa tersinggungnya itu bukan salah anda.

17.  Bila anda perlukan masa untuk bersendirian akibat gusar,katakan padanya anda akan pulang dan anda perlukan sedikit masa untuk berfikir mengenai sesuatu.

18.  Sekiranya perasaan anda telah reda dan anda pulang ke rumah,bercakaplah dengannya apakah dia yang menggusarkan anda dengan cara yang hormat dan tidak menyalahkan dia. Dia perlu tahu agar dia tidak menyangka yang bukan-bukan.

19.  Bila cuaca sejuk, eloklah rapatkan diri anda kepadanya dan biarkan kehangatan tubuh anda dapat menghangatkan jiwanya.

20.  Pada masa dia mahu berbincang dengan anda, letakkan buku,majalah atau akhbar yang sedang anda baca, dan tutup TV. Berikan perhatian sepenuhnya.

21.  Sekiranya selalunya dia yang membasuh pinggan, sesekali bantu dia untuk membasuh pinggan pula, terutamanya jika dia letih.Bantulah dia menggosok bekas yang sukar atau kerja membasuh yang sukar.

22.  Pastikan bila dia letih atau marah, tanya dia apa yang dia hendak buat dan tawarkan bantuan anda dengan melakukan beberapa kerja yang akan dilakukannya.

23.  Bila anda hendak keluar rumah, tanya dia adakah barang yang patut dibeli, dan jangan lupa pula membelinya.

24.  Beritahu padanya bila anda mahu tidur atau mahu keluar.

25.  Berikan dia lima kali pelukan setiap hari. Satu waktu subuh, satu zohor, asar, maghrib dan isya’. Jika tidak berkesempatan,himpunkan dua atau tiga pelukan pada waktu yang terluang.

26.  Telefon dia semasa anda bekerja dan bertanya khabar atau kongsikan sesuatu yang menarik, atau hanya katakan ‘Aku cinta padamu’.

27.  Katakan ‘Aku cinta padamu’ sekurang-kurangnya sekali sehari.

28.  Bantu dia untuk mengemaskan katil dan membersihkan bilik tidur.

29.  Letakkan pakaian yang sudah patut di basuh ke bakul yang dikhaskan.

30.  Selalulah periksa sama ada tong sampah sudah penuh dan tolong buang sampah. Kemudian tolong letakkan plastik sampah dalam tong tu.

31.  Bila anda hendak berjalan jauh, telefon dia, biar dia tahu anda selamat sampai dan berikan nombor telefon tempat itu.

32.  Basuhkan kereta yang dipakainya.

33.  Bersihkan diri anda dan pakai wangi-wangian sebelum jima’ jika itu yang dia suka.

34.  Bila dia merasa marah kepada seseorang, eloklah anda menyebelahi isteri anda. Kalau anda tidak bersetuju dengan caranya, itu boleh diselesaikan kemudian.

35.  Selalulah tawarkan diri anda untuk mengurut belakang,tengkuk dan kakinya.

36.  Jadikan tabiat merangkulnya dan mengasihinya yang bukan bertujuan untuk jima’.

37.  Sabarlah bila dia mahu berkongsi pendapat dengan anda. Jangan mengalihkan pandangan anda pada benda lain, atau melihat jam.

38.  Tunjukkan kasih sayang anda ketika bersamanya walau di khalayak ramai.

39.  Bila anda memegang tangannya, jangan pula jadikan tangan anda kaku dan lumpuh.

40.  Ambil tahu apakah makanan atau minuman yang dia suka agar anda boleh suruh dia memilih apa yang dia memang gemar.

41.  Sarankan beberapa restoran yang baik, jangan bebankan padanya untuk menentukan di mana hendak makan.

42.  Luangkan masa anda untuk pergi bersamanya ke tempat yang dia suka pergi, selama mana tempat itu adalah tempat yang baik atau diharuskan.

43.  Wujudkan masa bila mana anda boleh memakai pakaian bersama-sama.

44.  Cuba memahami bila dia lewat atau tiba-tiba mahu menukar pakaiannya.

45.  Berikan perhatian yang lebih kepadanya daripada orang lain ketika anda berada di khalayak ramai.

46.  Jadikan dia lebih penting dari anak-anak anda. Biarkan anak-anak anda menyaksikan bahawa isteri mendapat perhatian anda yang lebih utama dan lebih awal sebagai contoh kepada mereka.

47.  Belikan dia hadiah-hadiah kecil dan comel.

48.  Belikan untuknya pakaian. Pastikan anda tahu saiz tubuhnya serta warna, fesyen dan corak yang lebih digemarinya. Atau anda boleh belikan kain untuk dijahit kemudiannya.

49.  Ambillah gambarnya pada waktu-waktu keramaian atau di tempat-tempat yang mahu dijadikan kenangan.

50.  Luangkan masa bersendirian dengannya untuk melakukan sesuatu yang romantik.

51.  Biar dia tahu bahawa anda bawa gambarya dalam dompet anda dan menggantikan ia dengan gambar terbaru bila sudah sampai masanya.

52.  Biarlah anda yang memandu ketika berjalan jauh. Pandulah dengan selamat, tidak terlalu laju hingga mengecutkan hatinya dan tidak pula terlalu perlahan sedangkan anda boleh laju.

53.  Perhatikan bagaimanakah perasaannya dan berikan komen yang menunjukkan anda ambil berat seperti ‘Awak nampaknya gembira hari ini’ atau ‘Awak nampak letih’ dan kalau boleh tanya sebabnya agar anda tahu apa yang mengembirakannya dan sebaliknya.

54.  Bila anda keluar bersamanya, anda sendiri perlulah tahu arah tujuan anda agar dia tidak terasa tertekan memandu arah kepada anda.

55.  Solat bersama dan berdoa bersama.

56.  Kejutkan dia dengan puisi atau nota cinta.

57.  Layanilah dia sebagaimana anda melayani semasa awal-awal dahulu.

58.  Tawarkan diri untuk membaiki sesuatu di rumah. nyatakan anda ada masa untuk itu. Tapi jangan pula tawarkan diri melakukan perkara yang tidak mampu anda lakukan dengan baik. Tolong asah pisau. Gunakan gam yang baik untuk melekatkan sesuatu yang telah pecah. Tolong gantikan lampu yang telah terbakar.

59.  Bacakan dengan kuat sesuatu ruangan akhbar yang menarik minatnya.

60.  Tuliskan dengan kemas apa-apa pesanan untuknya yang anda terima melalui telefon.

61.  Pastikan bilik mandi bersih dan kering bila anda sudah mandi.

62.  Bukakan pintu untuknya. Tawarkan diri untuk membawa barangan yang dibawanya. Tawarkan untuk bawakan barangan yang berat. Jika hendak berjalan, letak dan barangan yang hendak dibawa di kereta.

63.  Bila dia memasak, pujilah masakannya.

64.  Sewaktu anda mendengar dia berkata, pandanglah ke matanya. Tunjukkan bahawa anda berminat dengan menyatakan ‘Betul kata awak’. Di masa yang sesuai, pegang dia dengan tangan anda bila anda berkata kepadanya.

65.  Tunjukkan minat anda pada apa yang dia buat hari ini, pada buku yang dia baca, dan pada orang lain yang dia hubungi.

66.  Bersedialah untuk masuk tidur bersama dan masuklah ke kamar seiring dengannya.

67.  Berikan dia ciuman dan berikan salam atau kata selamat tinggal bila anda mahu keluar rumah.

68.  Ketawalah pada jenaka dan senda guraunya.

69.  Katakan terima kasih bila dia buat sesuatu untuk anda.

70.  Rancanglah untuk makan angin bersamanya.

71.  Berbincanglah dengan cara yang menunjukkan kepadanya bahawa anda mahu dia dapat apa yang dia kehendaki dan anda juga mahu apa yang anda kehendaki. Ambil berat, tapi jangan berat sebelah.

72.  Bila anda berjauhan darinya, beritahu padanya bahawa anda rindu padanya.

73.  Belikan untuknya makanan yang dia gemari.

74.  Minta pandangannya tentang sesuatu dan hargai pandangannya.

75.  Ramai lelaki menganggap yang penting bila bersama wanita ialah melakukan perkara-perkara besar saja tetapi sebenarnya yang akan memenangi hati wanita ialah bila lelaki melakukan hal-hal kecil untuk membantunya dan menunjukkan anda ambil berat padanya. Dengan cara ini wanita akan merasa dirinya dicintai. Bila dia merasa dicintai, dia akan cinta pada anda tanpa berdolak-dalik.

76.  Anda juga akan dapati bahawa melakukan kerja-kerja kecil untuk wanita akan mengubati hati anda. Bila dia gembira anda akan turut gembira. Anda akan merasa lebih berguna dan berjasa kerana isteri anda telah memperolehi perhatian yang dia perlukan.
»»  READMORE...

Monday, February 27, 2012

24 PERKARA JANGAN DILAKUKAN

 Sesungguhnya di dalam hidup kita dikelilingi oleh
 perkara-perkara yg. menyeronokkan. Tetapi itulah
 sesungguhnya yg. mendatangkan keburukan kepada kita.
 Di bawah ini terdapat 24 perkara -perkara yg. jangan
 dilakukan yg. seharusnya kita ambil iktibar supaya
 kita dapat memuhasabah diri sendiri. :


 1. Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan in tidak
 disukai oleh ALLAH s.w.t.


 2. Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki
 (selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan
 mengotori seluruh rumah kita.


 3. Jangan makan dan minum dalam bekas yg. pecah @
 sumbing. Makruh kerana ianya merbahayakan.


 4. Jangan biarkan pinggan magkuk yg. telah digunakan
 tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan.


 5. Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki
 mahal (kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat)


 6. Jangan makan tanpa membaca
 BISMILLAHHIRRAHMANNIRAHIM dan doa makan. Nanti makanan
 yg. dimakan adalah dari muntah syaitan.


 7. Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan @
 kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.


 8. Jangan pakai kasut atau selipar yg. berlainan
 pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan.


 9. Jangan biar mata liar di perjalanan. Nanti hati
 kita gelap diselaputi dosa.


 10. Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk
 dari baiknya.


 11. Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa
 kerana mati boleh datang bila-bila masa.


 12. Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa
 dan sesama manusia kalau memang kita bersalah.


 13. Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak
 siratulrahim..


 14. Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH
 s.w.t dalam setiap kerja kita. Nanti sombong bila
 berjaya dan kecewa pula bila gagal.


 15. Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu
 memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.


 16. Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.


 17. Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah
 ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang org.
 kepada kita.


 18. Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana
 doa makhluk yg. teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH
 s.w.t.


 19. Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia.
 Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya. Carilah
 kehidupan dunia untuk akhirat.


 20. Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana
 disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.


 21. Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap
 itu adalah makan jin.


 22. Jangan lupa membaca BISMILLAHIRRAHMANNIRAHAIM dan
 salam ketika masuk kerumah dikhuatiri jin dan syaitan
 masuk bersama.


 23. Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak
 sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal
 ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada
 tangkal bukan kepadaNYA.


 24. Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata
 jangan sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya
 ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui. Yang baik itu
 adalah dari ALLAH s.w.t dan yg. buruk itu dari
 hambanya juga. Wallahuallam.
»»  READMORE...

Monday, July 18, 2011

TipS MenJadi SeoraNg Yg RomAntiK!!


1. Jangan segan silu meluahkan rasa sayang kamu pada si dia. Tapi biarlah ianya datang dari hati yang ikhlas. Jangan hipokrit tau!

2. Jika si dia merajuk, tak salah kalu kamu memujuknya. Hati cepat sejuk bila mendengar pujukan kamu.

3. Renungi mata si dia bila kamu berhadapan dengannya. Pastikan si dia menyedari cahaya cinta melalui mata kamu.

4. Bercakap secara lembut dengan nada suara yang rendah dan teratur. Elakkan dari meninggikan suara atau ketawa dengan kuat. Biarlah menjadi 'soft-spoken'.

5. Sentiasa memimpin tangan si dia ketika berjalan seiringan. Biarlah si dia rasa selamat berada di sisi kamu.

6. Sesekali apa kata kalau kamu membelikan si dia hadiah istimewa buat si dia. Biarpun murah, janji pemberian itu ikhlas.

7. Sering mengambil berat akan si dia tapi janganlah sampai mengongkong. Nanti si dia akan boring dengan sikap kamu itu.

8. Selalu berpakaian sedondon ketika keluar bersama. Contohnya, jika si dia pakai baju merah, kamu pun turut memakai pakaian berwarna merah.

9 Kunjungi tempat-tempat yang boleh menimbulkan mood yang romantik. Contohnya di tepi pantai atau kawasan peranginan.

10. Lemparkan senyuman yang paling manis buatnya ketika berjumpa. Pastikan senyuman itu mampu mencairkan hatinya.



p/s : sharing is caring

zorRo
»»  READMORE...

Sunday, July 17, 2011

Tips Mengatasi Putus Cinta

assalamualaikum,
1. Kembali kepada-Nya – Banyakkan beribadah termasuk melakukan amalan sunat. Luangkanlah lebih masa dengan-Nya.

2. Sentiasa ingat jodoh itu ketentuan Allah - anggap semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian jika hamba-Nya tidak mampu untuk menanggungnya. Bersabarlah.

3. Meminta nasihat ibu bapa atau orang terdekat – Ibu bapa adalah yang terbaik dalam memberikan nasihat kerana sudah merasa asam garam kehidupan dan tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika berasa malu atau takut untuk meminta nasihat daripada ibu bapa, sekurang-kurangnya berkongsilah masalah anda dengan orang yang terdekat dan rapat seperti kawan baik. Jangan pendamkan di dalam hati, nanti semakin merana diri.

4. Buang semua tentang si dia – Jika anda tidak sanggup membuang kenangan anda berdua, letaklah jauh dari sudut penglihatan anda supaya anda tidak berasa sedih dan ingin kembali dengannya. Buang nombor si dia dan segala mesej yang terdapat dalam telefon bimbit anda.

5. Sibukkan diri – Lakukan apa sahaja kerja yang baik dalam kehidupan seharian anda supaya anda tidak terlalu memikirkannya. Sekiranya ada aktiviti, libatkan diri. Dengan itu boleh mengurangkan kesedihan yang melanda.

6. Muhasabah diri – Jangan ikutkan perasaan, terimalah hakikat bahawa dirinya bukan untuk anda. Ada yang lebih baik.

7. Berkawan dengan ramai orang – Janganlah kerana putus cinta anda tidak mahu bergaul. Namun, kawal pergaulan anda sebagai seorang muslimah. Menambah kenalan adalah baik dalam mengukuhkan ukhwah. Di samping itu anda akan berasa kesedihan putus cinta itu akan hilang sedikit demi sedikit.

Dengan perkongsian ini, diharapkan serba sedikit dapat membantu muslimah sekalian yang mungkin menghadapi masalah putus cinta. Sekali lagi diingatkan, bercinta tanpa ikatan yang sah adalah HARAM. Kesannya adalah seperti ini, PUTUS CINTA. Akhirnya diri sendiri yang merana. Ayuh muslimah! Bangkitlah dengan kekuatan dirimu. Cinta manusia bukanlah segalanya, tetapi cinta kepada Allah cinta yang hakiki. Sampai suatu ketika, dengan adanya cinta terhadap-Nya, semoga Dia akan menjodohkanmu dengan lelaki yang mencintaimu untuk mendapat keredhaan-Nya.

“A girl and a guy can be just friends, but at one point or another they will fall for each other. Maybe temporarily, maybe at the wrong time, maybe too late, or maybe forever.”

Sulamkanlah cinta itu dengan ikatan yang SAH. Wallahua'lam.

p/s : sharing is caring.

zorRo

»»  READMORE...