KLIK UNTUK DUIT

Followers

Saturday, December 17, 2011

janji

engkau membenciku.

hingga kau tergamak tidak sudi lagi memandangku,

ohh di mana sumpah setiamu dahulu,

ohh sayang seandainya suatu hari nanti,

hidupmu tidak bahagia itulah balasan 

sumpah janji palsu mu,
dahulu engkau pandai berkata-kata,
dan pandai berjanji
kemana perginya semua janji engkau dahulu.
»»  READMORE...

Friday, December 09, 2011

Bercinta dengan kekasih part time-part 7

Keadaan Farid kian beransur pulih. Zalwani terasa gembira. Dia tidak sabar untuk mengetahui tentang bagaimana Farid boleh mengenali dirinya dan menyimpan foto miliknya. Tentu ada cerita menarik disebalik foto yang disimpannya.
 Hujung minggu ni bapa hendak datang rumah. Ishhh orang tua tu memang tak sabar-sabar. Zalwani banar-benar runsing. Bagaimana pula dia hendak mempelawa Farid. Inginkah lelaki itu membuatnya?..
Bagaimanakah perasaan farid nanti bila dia mengetahui bahawa segala yang dilakukan Zalwani hanyalah lakonan semata-mata. Hanya untuk kepentingannya sendiri.
  “Wani! Hah menung lagi.”
    Lamunan Zalwani tersentak. Dia segera menoleh pada Atiras Emyra. Keluhan kecil dilepaskan perlahan-lahan.
   “kenapa ni?” Atiras Emyra terasa simpati.
   “Bapa nak datang Ahad ni.”
    Zalwani mengangguk lemah.
   “So….”
  Zalwani menggeling kecil. Dia buntu ketika ini. Bapa masih berharap dia bersetuju dengan lelaki pilihannya. Haruskah dia beralah sahaja? Bagaimana pula dengan Farid ? Lelaki itu benar-benar mengharapkan dia. Dan lelaki itu juga sudah mula menarik perhatiannya.
“ Entahlah Tiras…Bapa aku tu dah tak sabar sangat dah.”
“Kau bincanglah dengan dia baik-baik.”
“Tak boleh Tiras, bila aku cakap aku tak nak kahwin lagi…mulalah orang tua tu merepek.”
Kata-kata itu terhenti di situ.
“Dia cakap dia dah tua, entah-entah dia langsung tak sempat tengok aku bersanding.”
“Kau beralah jelah…”
“Tapi aku tak kenallah dengan mangkuk hayun tu”
“Kau kenallah dengan dia dulu,kalu rasa okey teruskan. Tapi kalu engkau rasa itu bukan citarasa engkau, kau belah saje lah.
Macam mana plak dengan part time lover aku plak.
Tak kan nak berhenti plak.
“Terserah pada engkau. Engkau lah buat pilihan.
Engkau buatlah pilihan, aku rasa farid tu sesuai untuk kau. Tapi tak tahulah kalau engkau nak terus buat dia sebagai part time lover kau jee.
“Kau tu zalwani bukannye ape-ape,ego. Sanggup kau memainkan perasaan orang lain semata-mata untuk kepentingan kau sendiri.”  “Entahla Atiras Emyra , aku pun tak tahu. Nantilah aku fikirkan.” Atira Emyra menggeleng kecil. Dia teringat Farid. Semalam lelaki itu menelefon mencari Zalwani. Tapi Zalwani tiada. Dikesempatan itulah Farid meluahkan isi hatinya untuk memiliki Zalwani. Atiras Emyra percaya Farid benar-benar tulus dan ikhlas dengan niat sucinya. Cuma Zalwani sahaja yang endah tak endah. Tapi Farid masih tidak mahu menceritakan bagaimana dia mengenali gadis pujaannya itu. Sudah lama dia mencari Zalwani berpandukan gambar gadis itu. Entah dari mana dia dapat gambar itu.

episod lepas :




»»  READMORE...