KLIK UNTUK DUIT

Followers

Monday, October 17, 2011

Bercinta dengan kekasih part time-part 5

Zalwani mengatur langkah laju mendapatkan wad 19 seperti yang di beritahu oleh jururawat tadi. Matanya meliar mencari katil bernombor 11 dan pandangannya terpaku pada sekujur tubuh yang sedang diulit mimpi. Ada kain putih yang membaluti dahi dan sikunya. Sebatang jarum tercacak  di pangkal lengannya dan disambungkan pula melalui tiup getah pada tabung darah. Huh.parah.
    Zalwani menghampiri pemuda itu. sah , dialah yang punya beg. Wajah tampan itu diamatinya agak lama. Ishh boleh jugak ni jadi part time lover. Full time pun boleh jugak. Dia tersenyum sendiri.
   Lama jugak dia menanti sepasang mata yang lena itu terbuka. Ingin saja dia makan nasi bungkus yang di belikan untuk pemuda itu. perutnya memang sudah terasa laparnya. Lepas itu dia tidur dibirai katil itu.. ishh bestnya…
   “saudari…..”
   Hah. Cepat-cepat zalwani mengangkat kepalanya. Matanya bersinar-sinar melihat pemuda itu sudah pun terjaga.
   Agak lama pandangan itu bersatu. Perlahan-lahan zalwani mengukir senyuman dan dia tunduk ke bawah. Tidak sampai pula hatinya untuk menjadikan pemuda itu sebagai part time lovernya seperti yang direncanakan sebelum ini.
   Zalwani terasa bersalah. Melihatkan keadaan pemuda itu, hatinya terasa sayu. Dia tidak sepatutnya meneruskan hajatnya semata-mata untuk kepentingan dirinya sendiri. Pemuda itu tidak bersalah dan dia tidak tergamak untuk meneruskan sandiwara ini. Ingin saja dia berlari keluar meninggalkan pemuda itu.
   “wani…”
   Hah kenal aku. Yap. Dia memang mengenali aku.
   Pemuda itu tersenyum. Ishh cair…
   “panjang ceritanya…tak sangka akhirnya kita bertemu jugak.”
   “tapi saya tak kenal awk.”
   “Saya adam.”
Zalwani mengganguk. Memang nama itulah yang terdapat dalam diari hitam itu.
  Saya dah hampir berputus asa mencari awk.
“ cari saya, tapi awk ni siapa.”
“ tak apalah, nanti saya ceritakan.”


episod lepas :

4 comments:

Hiddy Asri said...

Ya, Allah..awek zorro mesti cantik mcm Catherine Zeta Jone!!

zorro said...

no komen..hu3

najihatussolehah said...

bestnye pandai menulis novel nh..

zorro said...

xpandai sangat pun..mencuba nasib