KLIK UNTUK DUIT

Followers

Sunday, October 30, 2011

syabas Hai-O

Assalamualaikum,

Hari ini saya memulakan perjalanan dari kampung ke kemaman. Walaupun perjalanan sungguh memenatkan, tapi saya masih lagi meluangkan masa menonton perlawanan akhir bola sepak malaysia antara terengganu dan negeri sembilan. Walaupun pasukan negeri saya telah tewas tapi semangat kesukanan tetap ada. Perlawanan itu sungguh menarik. Dengan kedua buah pasukan menyerang balas. Tapi keputusan memihak kepada negeri sembilan. Gol pertama dijaringkan oleh ashari dari terengganu. Tapi gol itu tidak mematahkan semangat juang hoben jang hoben. Pada minit ke 81 negeri sembilan menjaringkan gol pertama mereka melalui kunnalan.selepas 5 minit kemudian hairuddin omar menambah derita terengganu dengan 2-1. Syabas negeri sembilan. Memang patut Hairuddin omar mendapat anugerah permain terbaik. Serius saya katakan beliau memang terbaik lah. Skill dan pengalaman beliau selama ini ditagih negeri sembilan untuk menjuarai kemenangan. Beliau membuktikan yang beliau masih hebat dan mantap dalam arena bola sepak. Gud luck dan syabas Hai-O..

2 comments:

Run Away said...

tahniah juga..;s

kiwi said...

heheh, ingatkan Hai-O ape la tadi