KLIK UNTUK DUIT

Followers

Monday, October 08, 2012

bercinta dengan kekasih part time - part 9


Sejak tadi dia tidak menyentuh kerja-kerjanya. Dia asyik melayan lamunan. Ada air jernih yang bertakung di kelopak matanya. Sayu benar hatinya mengenangkan masalah yang semakin rumit. Dia tahu dia tidak mampu melakukan apa-apa selain dari menerima sahaja keputusan bapanya.
   Semuanya kerana bapa yang begitu beriya-iya untuk mengawinkan dia dengan anak member kamcingnya. Bapa juga kelihatan begitu gembira membincangkan tentang tarikh dan majlis pertunangan itu.
   Zalwani benar-benar tiada pilihan lain. Dia akur sahaja dengan kehendak bapanya. Biarlah hatinya luka, namun dia tidak sanggup melukakan hati bapa. Entah bagaimana pula dia hendak berhadapan dengan Farid. Dapatkah Farid memahami keadaannya ketika ini.
   Zalwani mengeluh lagi. Dia terkilan kerana akhirnya dia benar-benar mempermainkan perasaan Farid. Walau sebenarnya dia sudah mula menyayangi dan jatuh cinta kepada lelaki itu. Dia tidak sampai hati untuk menjadikan Farid part time lovernya kerana lelaki itu terlalu baik. Dia ingin menjalinkan hubungan yang serius dengan Farid. Itulah keputusan yang telah di buatnya.
   Tapi segala-galanya hanyalah bersifat sementara sahaja. Farid harus menerima keadaan ini sebagaimana dia sendiri akan cuba menerimanya. Mungkin inilah balasan untuknya yang sanggup mempermainkan perasaan orang lain semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.
“kenapa ni Chan?”
“ Tiras...”
Zalwani lantas memeluk Atiras Emyra. Entah kenapa hatinya sebak ketika ini.
“ kenapa ni?”
Tiras aku tak ada pilihan lain...?
Air mata yang bertakung melimpah keluar.
“sabarlah chan, mungkin ini dugaan buat kau.”
“aku sayangkan Farid, tiras. Aku tak tahu macam mana nak berhadapan dengan dia.
“kau berterus terang sahajalah dengan dia. Itulah sebaik-baiknya. Aku yakin dia akan memahami.” Atiras Emyra memeluk Zalwani erat. Hatinya terasa sebak mengenangkan nasib yang diterima Zalwani. “mungkin apa yang kita inginkan dalam itu tidak semestinya menjadi milik kita...” “sabarlah chan.”

»»  READMORE...