KLIK UNTUK DUIT

Followers

Monday, June 20, 2011

Bercinta dengan kekasih part time-part 1

Isi kandungan surat dari bapa semalam benar-benar mengganggu emosinya.zalwani mengeluh panjang memikirkan permintaan bapa yang tidak pernah terlintas difikirannya. Dia lebih senang dengan kehidupan sekarang. Harapan bapa seakan memberikan bebanan pada dirinya.
Zalwani mengeluh lagi. Hanya itulah yang mampu dilakukan ketika ini  dia tidak mampu melukakan hati bapa tapi dia juga tidak mampu membohongi hatinya sendiri. Memang sehingga kini dia masih lagi bersendirian. Bukan kerana tiada yang sudi malahan kalau diikutkan telah ramai yang meluahkan isi hati untuk menjadikannya ratu di hati.
Tapi dia lebih senang bersendirian. Bebas untuk melakukan apa sahaja tanpa ada yang menghalang. Dan yang pasti hatinya sendiri belum terbuka untuk seorang insan yang bergelar lelaki. Dia terlalu takut untuk jatuh cinta apatah lagi untuk bercinta.
“ Hoi ! jauh termenung”.
Lamunan  zalwani tersentak dengan sergahan Atiras Emyra . Dia segera menoleh. Melepaskan keluhan kecil. “ kenapa ni chan ?”. itulah nama paggilan bagi dirinya. Nama korea gitu.
“aku ada masalah sikit”.
Lemah sahaja suara itu menusuk ke telinga Atiras Emyra. Tidak seperti selalu. Kelakar pula melihat telatah zalwani begini.
“kau ada problem ? Apa dia ”.
“bapa aku tu…..
Kata-kata itu terhenti disitu. Zalwani terasa malu untuk meneruskannnya. Apatah lagi bila melihatkan senyuman Atiras Emyra.
Perlahan saja dia mengatur ayat itu. Memang seperti yang telah diduga ……tawa Atiras Emyra pecah. Menyebabkan hampir semua mata di kantin menoleh ke arah mereka. Arggghhh..
Zalwani tertunduk. Ada rasa-rasa dia juga ingin ketawa bersama-sama Atiras Emyra. Lucu. Memang melucukan. Dalam diam hatinya turut mentertawakan dirinya sendiri.
Suasana di pejabat agak kelam kabut. Apatah lagi apabila waktu untuk pulang hampir tiba. Masing-masing seboleh-bolehnya mahu menyiapkan kerja yang ada. Zalwani tekun mengadap laptop dan menyanyi kecil mengiringi senikata lagu ‘part time lover’ yang berkumandang tanpa memperdulikan telefon yang bordering di atas meja.
Kerjanya terlalu banyak dan dia tiada masa untuk menjawab panggilan telefon itu. Atiras Emyra di meja sebelah mengeleng kecil. Dia terus bangun dan mengapai telefon.
“hello, selamat petang.”
“boleh saya bercakap dengan zalwani.”
“siapa ni ? ”.
Ni bapa dia. Dia ada tak??
Gulp. Ni mesti tidak lain tidak bukan mesti mahu bertanya tentang soal perkahwinan…huhuhuhu..
“oh pak cik , ni Atiras ni. Pak cik apa khabar??”
Ewahh. Mana lah tau kot-kot pak cik ni ada extra boy lagi nak pass kat aku pulak. Bisik hati Atiras .
“sihat. Atiras macam mana plak.”
“Saya pun sihat pak cik. Pak cik tunggu sekejap yea.”
Atiras terus menekan butan hold. Bagi chance dia dengar muzik kejap.
“chan. Call for you.”
“siapa???”
Dia masih tidak mengalihkan pandangannya dari laptop miliknya.
“bapa kau ni”.
Hah. Dah tahu dah apa motif dia call aku ni. Tidak lain la tu.mesti bab kahwin ni. Tidak !!!
“kau cakap lah aku tak ada”
“apa punya anak kau lah chan, kau tak baik chan. Dia rindukan kau tu.”
Atiras Emyra tersenyum. Suka dia dapat menyakat.
“ Alah rindu apanya. Dia nak tanya pasal bab kahwin je tu.
“Habis tu macam mana ni?”
“cakaplah aku dah keluar. Nanti aku belanja kau KFC.
Cheh, rasuah pulak.
“set.”
Atiras Emyra tersenyum puas, lepas jugak perut aku untuk malam ini.
“hello pak cik, zalwani tidak ada la. Nanti saya surul dia call pak cik balik ya.
“hah eloklah tu. Suruh dia call cepat sikit. Pak cik ada hal penting nak cakap dengan dia.”
“insyaAllah. Assalamualaikum pak cik.”
Hinshhh.
“waalaikum salam .”
Klik. Talian diputuskan.
Zalwani telan air liur . jangan haraplah dia nak telefon. Ishh, cari penyakit namanya tu. Mujurlah ada kawan yang makan rasuah. Boleh jugak minta tolong. Dia bukan along Cuma tempat nak minta tolong.huhuhu
Orang ramai berpusu-pusu menuju ke hentaian bus stop. Mengejar masa,mengejas bas dan mengejar tempat duduk. Zalwani mengeluh mengenangkan tentang permintaan bapanya. Sampai bila dia harus mengelak dari bapanya. Dibuatnya dia dating kat rumahnya nanti langsung tak boleh lari. Lagipun sampai bila dia harus mengelak dan sampai bila dia harus bagi rasuah kat Atiras Emyra tu.
“oii,menung lagi. Sambil jalan pun boleh menung jugak.”
Atiras Emyra mengusik.
“Atiras aku tensionlah,bosan.”
Zalwani mencebik. Ingin saja dia menangis.
“sorrylah kalau aku menambahkan masalah kau lagi.”
Dia berasa bersalah dengan perbuatannya. Selama ini dia mempersendakan masalah yang ditanggung oleh zalwani. Bukan dia tidak memahami keadaan zalwani tapi sekadar ingin mengembirakan hati sahabat baiknya sejak dari bangku sekolah lagi.
“It’s okay, aku tak terasa pun.”
“so apa pendapat engkau.”
“Aku tak nak kahwinlah, lagipun aku tak kenal pun budak itu. Yang aku tahu dia anak member kamcing bapa aku. Pasal itulah dia nak jodohkan aku dengan budak itu.”
“ohh, nak mengeratkan silaturrahimlah tu.”
Atiras Emyra tersenyum lagi.
Dia mengeluarkan surat emak. Membuka dan membacanya entah untuk keberapa kalinya. Entah la. Atiras Emyra di sebelah turut mengintai. Bibirya tersenget-senget menahan senyum mengenangkan isi surat itu.
“tiras, aku ada idea. Entah boleh pakai ke tidak.
Senyuman zalwani kembali berseri.
“Apa dia?”
“bapa kata kalau aku dah ada calon sendiri, dia tidak kisah. Biarlah aku menentukan pilihan aku sendiri.”
“so what? Aku tidak fahamlah.”
“so aku ingin cari part time lover dan kenalkan dengan bapaku. Lepas ni gerenti dia senyap punya.”
Atiras Emyra menangguk kecil tanda setuju.
Tetapi siapa calonnya?
Zalwani mengeleng kecil. Dia mengeluh. Cuba mengingatkan semua kenalan lelaki yang ada. Sorang pun tidak boleh pakai,hampeh. Apa pun tak boleh. Huh. Meluat.
Deringan telefon menyentak lamunan zalwani. Lemah sahaja dia melangkah mendapatkan telefon di atas meja.  Telefon dicapai dan didekatkan di telinga.
Hello.
“wanie ke tu?.
Kus semangat. Macam kenal je suara. Zalwani berpura-pura tidak tahu.
“wani ni,bapa apa khabar?”
“Alhamdullilah, wani sihat?”
“Wani baru baik dari demam, sebab itulah tak dapat telefon bapa.”
Ishhh tipu sunat lagi. Bukan apa. Nak jaga hati orang tua.
“oh. Tak apalah. Wani dah dapat surat bapa?”
“surat? Aaa dah dapat dah.”
“macam mana? Bapa tak paksa engkau,kalau engkau ada pilihan hati engkau sendiri. Tapi anak pak cik Yusri engkau tu baik orangnya. Kerja pun elok.” Ada kedai sendiri pulak tu.
“tapi bapa….wani dah ada pilihan sendiri.
“kalau dah ada eloklah tu. Bapa bukan apa, teringin sangat nak bermenantu. Wani sajalah anak bapa.”
“Zalwani faham bapa.”
“Hah bila lagi nak bawak jumpa bapa?”
“Gulp. Orang tua ni pun tak sabra-sabar.
“nantilah dulu bapa, wani sekarang ni sibuk……………
Kalau ada cuti nanti wani bawak jumpa bapa.”
“Tapi jangan lama sangat ya.”
“Baik bapa.”
Klikkk! Talian telefon diputuskan. Zalwani merebahkan badannya di atas sofa panjang. Mengeluh. Atiras Emyra menggeleng kecil melihat keadaan sahabat baiknya itu. Kasihan pulak dia melihat zalwani yang sebelum ini tidak pernah bermurung.
“zalwani are you okay.”
Zalwani terdiam. Bagaikan tidak mendengar kata-kata Atiras Emyra.
»»  READMORE...

Thursday, June 09, 2011

home sweet home

assalamualaikum,
syukur alhamdulillah selamat tiba juga ke rumah.hepy sangat ni duk kat kampung.boleh lepas semua rindu.rindu tempat tido kesayangan.walaupun berselerak dikerjakan sya bila balik umah..hahaha..buat penat je mak kemas-kemas.balik anak kesayangan habis beselerak balik..huhuhu..
zorRo
»»  READMORE...

Cik E 1st Giveaway'

assalamualaikum,
saya nak cuba join contest cik E punye.
klik banner dibawah untuk join :)

di sini saya tag 


Tarikh tutup adalah pada 11 Jun 2011 jam 11.59 pm

zorRo
»»  READMORE...

Wednesday, June 08, 2011

geng bakau tinggi

assalamualaikum,
ni  photo my gengku kat bakau tinggi.telah di photoshop oleh kawanku yang hebat lagi bijaksana.tanpa dia saya tidah boleh nak upload gambar my gengku ini.esok hari last diorang kat sini.tinggallah saya seorang diri menghabiskan sisa pengajian yang berbaki 1tahun lebih.lebih kurang la..huhuhu.
gambar diedit oleh  yoe

zorRo

nota kaki : setiap pertemuan akan ada perpisahan.membawa hala tuju masing-masing.semoga berjaya ngan pilihan hidup.gud luck my beloved friends.all the best.
»»  READMORE...

Tuesday, June 07, 2011

BANNER BOX LUCKY DRAW BULAN JUN by eQuRlz.

Assalamualaikum,
saya nak cuba ini plak.
 jom join contest eQuRlz

saya nak tag :
done
zorRo
»»  READMORE...

' I join bloglist cik Kacak '

assalamualaikum,
ni second contest saya ingin cuba.kenape akhir-akhir ni suka nak join contest.mungkin boleh tingkatan trafik kot.tu bukan masalahnya.huhuhu..saya hanya ingin mencuba nasib ke.mana tahu dup dup menang.saya menang motor.gurau je.huhuhuhu..
ketogori cik Kacak ialah

blog comel lote
blog handsome
blog sweet
blog awesome
blog cool
blog PMR , SPM candid

dua orang artis yang saya pilih dan terbaik dari ladang ialah..
zorRo
»»  READMORE...

syukur

assalamualaikum,
syukur la paper hari nie xsusah cam semalam. Boleh je aku karang ape yang aku baca,betul salah tu lain citer asal otak xblank cam semalam.semalam memang otak jam terus.nk fikir pun xboleh.ape pun xboleh.alhamdullilah moga paper berikutnya macam hari nie.tinggal 2 paper lg sebelum blik kampung.miss my home.so sweet if i back home at this now.rinduuuuuuuuuuuuuuu sanagat. kat sini apa pun xjadi.i dont like to stay here.serius ni..bukan olok-olok.xsabar nak habiskan pengajian kat sini.tuk dapat dekan semester ni memang dah xboleh.tapi apa-apa semester depan mesti get the DEKAN.wait for me DEKAN..
zorRo
p/s : please give me the strength n support me ok.
»»  READMORE...

Monday, June 06, 2011

contest Eh siapa Mira Edora

Assalamualaikum,
ni first contest pertama yang saya ingin mencuba.menang kalah adat pertandingan.
sekadar ingin mencuba nasib.
aku & Mira Edora.

oh Mira Edora


Di satu sudut restoran KFC yang agak tersorak dari penglihatan orang ramai. Kelihatan sepasang kekasih yang bergaduh…
” Kenapa afiq nak tinggalkan mira edora..memangnya mira ade buat salah dengan Afiq ke?!” tanya mira edora sambil tangannya mengusap pipinya yang dibanjiri oleh air mata sendiri.
” Sorry sangat mira…afiq tak boleh nak lupakan zalwani..Dia cantik,manis jee…tapi yang penting…Dia kaya! ” Kata Afiq dengan sombongnya..
” Oh! Jadi Afiq nak tinggalkan mira sebab keluarga zalwani lebih kaya dari keluarga mira la? ” tanya mira. Bengang!
” Well..tahu tak pew..” Afiq bersuara selepas tersenyum sinis. Khas untuk Mira edora..
Pang!
Afiq mengusap pipinya..How dare u!
” Wei betina! kau nie apasal ha?! Suka-suke hati bapak kau je nak tampar aku?!” merah muka Afiq menahan amarahnya.
” Hoi! Mulut tu jaga sikit ek! Sia-sia je mak bapak kau hantar kau sampai ke luar negara,tup-tup balik sini tak boleh nak bezakan mana perempuan mana betina ke ha?! ” jerkah Mira Edora. Hatinya pedih
apabila mendengar pengakuan berani mati Afiq sebentar tadi. Duit yang dikejarnya?!
” Kau nie memang tak sayang mulut kan? Memang nak kena dengan aku nie!” Afiq mula mengangkat tangannya..
Buukk! Afiq tiba-tiba terjatuh.
” Ap…ap..apa ZorRo buat kat sini?” tanya Mira Edora kepada kawan baiknya itu.Tiba-tiba je jadi superhero..
Tangan Mira Edora ditarik lembut..
“WEi! awek aku tu! kau jantan mana datang,tiba2 je nak main tarik2 dengan awek aku nie?” jerkah afiq setelah selamat bangun..
Langkah zorRo terhenti. Dituruti juga langkah Mira Edora.
  zorRo bengang.Mira Edora bara.
Belum sempat Mira Edora berkata-kata zorRo mulakan bicaranya..
” Wah2…Cantik bahasa kau bro! aku nie kawan awek kau…aik..tak kan dah lama couple tapi still tak kenal aku? sedangkan aku kenal sangat kau tau!” kata zorRo. Pegangan tangan Mira Edora dieratkan..
“Ahh! peduli ape aku! Ingat aku kisah sangat ke betina tu? kau nak ambik la..Bekas aku tu..tak heran…!” kata Afiq dengan angkuh dan takburnya..
Bukk! Sekali lagi Afiq terjatuh. Afiq mengesat tepi bibirnya. Darah!
” Kau jangan buat aku marah!! ” jerkah zorRo..
Kali ni giliran Mira Edora pula untuk menarik tangan zorRo. Mira Edora sudah berlinangan air mata..Air mata kecewa! Kecewa dengan apa yang diperkatakan oleh Afiq sebentar tadi.
* bila aku jadi bekas dia?bekas? bekas apa? ahhhh!! jangan zorRo angap yang bukan-bukan sudah* getus hati Mira Edora.
Langkah Mira Edora terhenti apabila tangannya ditarik lembut. Mereka sekarang berada di luar KFC. Menuju ke sebuah taman permainan yang terdapat berdekatan dengan restoran KFC tadi.
Lengan Mira Edora ditarik lembut menuju ke sebuah buaian yang ada disitu..
” Duduk sini ” arah zorRo..
Buaian tersebut bergerak perlahan2 apabila zorRo menolaknya.Bahagianya diri Mira Edora saat ni..Teringat kisahnya dengan zorRo sejam yang lalu…
“Edora…zorRo rasa kan Afiq tu macam ada niat tak baik je dengan Edora..”kata afiq lembut menyapa telinganya.. Edora...Itulah penggilan untuk dirinya sejak mereka berkawan.
Bukan sekejap mereka berkawan. Persahabatan itu bermula dari Tingkatan 1 lagi..Sehingga sekarang..Masing2 berumur 21 dan 23..
Bukan Edora tidak tahu.zorRo mempunyai perasaan cinta akan dirinya.Namun zorRo tidak pernah mengucapkan kata2 keramat tersebut menyebabkan Mira Edora terpaksa berpaling kepada Edora..Berpaling kerana sayang kot.Saja nak uji cinta zorRo terhadapnya..Hehehe..
” Perasaan zorRo je kot…Jangan la fikir macam tu..takut edora tau..”
” Bukan zorRo nak takutkan Edora..zorRo sendiri pon takut..” mendengar kata-kata zorRo itu membuatkan Edora a ketawa..
” hahaha..Just relax k..Don’t worry..I will be okay..” kata Mira untuk menyakinkan diri sendiri dan zorRo..
Tiba-tiba mereka ternampak zalwani berjalan bersama dengan Afiq..Sambil berpegangan tangan lagi tu! Kemudian apa yang lebih menyakitkan bila Afiq dengan selamba badaknya Kiss pipi zalwani tu depan public..Tersirap darah zorRo dan Mira Edora..
Dan terjadilah pertengkaran mereka tadi.
” Edora…” panggil zorRo lembut..menyebabkan Edora kembali ke alam nyata..Buaiannya masih berayun dengan lembut..Fikirannya dah kembali ke tempat asal..Air mata Mira Edora mengalir deras..niat ati nak uji cinta si zorRo..Tiba-tiba aku yang terasa lebih sakit hati…
Walaupon sebenarnya perasaan cinta untuk Afiq langsung tak ada..hanya untuk zorRo…! tetapi kata2 hinaan Afiq memang menyakitkan..
” Edora…tak nak la nangis macam nie..” zorRo mula berkata2. Buaian kosong di sebelah Mira Edora dipenuhkan. Air mata Mira Edora dilapnya perlahan menggunakan jari kasarnya. Mira Edora terharu..Alangkah beruntungnya kalau dia dapat memiliki hati zorRo..
* muhd ezany..Aku sayang kau!!* jerit Mira Edora dalam hati..itulah nama sebenar zorRo
Seminggu berlalu…..
Mira Edora resah..zorRo menyepikan diri…Macam separuhnya sudah hilang apabila zorRomenghilangkan dirinya..
* marahkah dia padaku?? * gumam Mira Edora perlahan.
Tiba-tiba telefon bimbit Mira Edora berbunyi..
“Hello! Assalamualaikum ” kata Mira Edora
” Waalaikumussalam…zorRo ni..Edora..! jum keluar malam nie..Dinner with me? ” tanya zorRo..
” Boleh..Kat mana?”
” Its secret..! But pakai baju cantik yang zorRo bagi 2 minggu lepas ek..Pukul 8 zorRo datang jemput Mira Edora..”
” Okey! ” talian diputuskan tanda merajuk…
Satu mesej diterima
[Ala uchux2..jgn mjok k?? I have suprise for u tonite!]
Telefon bimbit nokia 5130 itu ditekan..
[Hmm..I tunggu u datang jap g...tapi kenapa kena pakai baju yg u bgi?]
Mesej dihantar..
Tetapi tiada balasan…
* zorRo ni kan suka buat aku suspen ahh* gemam Mira Edora perlahan..
2 jam berlalu..
Jam didinding menunjukkan 7.30. Mira Edora sudah lama selesai bersiap..Mira Edora memakai gaun hitam yang diberikan zorRo 2 minggu yang lalu..Kata zorRo,gaun ini akan dipakai bila tiba hari yang sesuai..Mungkin hari nie hari yang sesuai kot..
Tepat jam 8 malam,terdengar deruan enjin di hadapan rumahnya. Kereta toyota alphad berhenti dihadapannya..Mira Edora menapak keluar..
Tiba2 telefonnya berbunyi..Dihadapannya kelihatan seorang Pak cik yang umurnya dalam lingkungan 50-an berdiri di tepi kereta tersebut.
Telefon di tangan ditekap ditelinga.
” Assalamualaikum..Mira Edora” zorRo mulakan kata2 nya
” Mana zorRo nie? Tak nampak pon..And kenapa ada Pak cik kat depan umah Mira Edora nie? ” tanya mira Edora..
“Owhh..tu Pak Mat..dia akan bawa Mira Edora untuk berjumpa dengan zorRo malam nie…Okay? ”
“tapii..
” dah tak payah tapi-tapi…ikut jeww…” suruh zorRo sebelum  menamatkan perbualan..
“Cik Mira Edora..Silakan..” suruh Pak Mat sambil membuka pintu kereta mewah tersebut..
Sampainya Mira Edora ke sebuah bangunan yang berdiri gah dihadapannya kini tiba2 lampu bangunan tersebut terpadam. Hanya lampu spotlight berwarna putih dihadapan pintu masuk tersebut.. Alunan muzik mula kendengaran..Terdengar suara zorRo menyanyikan sebuah lagu untuknya..
Duhai Mira Edora
Sungguh aku tak mengerti
Tak pernah engkau mencuba untuk fahami
Aku yang selalu mencuba untuk menyayangimu di sini
Duhai Mira Edora
Masihkah hancur hatimu
Setelah patah ditinggalkan kekasihmu
Agar aku yang akan selalu temani mengusap tangismu
Akulah lelaki yang bisa mencintamu
Hingga nanti aku akan mati
Akulah lelaki yang bisa menjagamu
Hingga nanti akhir nafasku ini
Duhai Mira Edora sungguh aku tak mengerti
Tak pernah engkau mencuba untuk fahami
Aku yang selalu mencuba untuk menyayangimu di sini
Tak akan ada lagi
Lelaki yang bisa
Mencintamu seperti diriku.
Mira Edora  mula sebak..Rupanya zorRo juga mencintainya sepertinya..zorRo bergerak perlahan menuju ke arah Mira Edora..tangan Mira Edora diraih dan dikucupnya lembut..
” zorRo cintakan Nur Amirah Anuar! ” kata zorRo sambil berlutut.. Di tangan nya terdapat sebuah kotak kecil dan sekuntum bunga mawar…Disuakan kepada Mira Edora sambil berkata..
” Sudikah Nur Amirah Anuar menjadi isteri Muhd Ezany untuk selamanya?”
” Saya sudi…Dan…saya juga mencintai Awak!!! ” jerit Mira Edora sambil memeluk zorRo..Cincin kemudianya disarungkan ke jari manis Mira Edora…
Bangunan tadi yang gelap tiba2 diterangi cahaya yang sungguh menawan..Ibu bapa Mira Edora dan ZorRo juga berada di situ..Bertepuk tangan apabila melihat kebahagian anak-anak mereka…
zorRo 
p/s : cerita ini hanya sekadar cerita semata-mata.nama watak itu kalau ada yang sama ngan yang realiti hanya sekadar kebetulan.
»»  READMORE...

sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya

assalamualaikum,

hari ini aku sungguh menyesal..aku memang benar-benar tidak dapat menjawab kertas marine survey..memang semester hadapan aku kena repeat la paper ni..dah la kena bayar.dari mana aku nak cari duit rm1000 tuk bayar paper nie...termenung aku memikirkannya. nak kata tidak study aku dah study.memang blank terus otak aku masa tadi.tidak dapat berfikir..
sedih.
sedih..
sangat sedih ni..
kecewa pun ada..
zorRo
»»  READMORE...

Sunday, June 05, 2011

kau bodoh ke bengap

assalamualaikum,

apasal la,makin nak habis belajar semua cari pasal.bodoh ke apa??
nak kata bodoh semua ada otak.ke otak duk kat lutut.yang tua cara yang tua.yang budak nie plak naik kepala.ingat orang diam nie orang suka ke ngan cara dia.aku x kisah apa pun..kalu nak gaduh kita gaduh..kalah menang lain citer.xkira la lu abg long ke ayahanda ke.gua xtakut.xkira la lu ni orang hebat kat kampung lu ke kat sini tiada yang hebat.kat kampung sendiri boleh r jadi jaguh kampung.kalu mari belajar nak cari geng or gaduh baik duk rumah je.tidak berbaloi orang tua hantar mai belajar.menyusahkan ibubapa je susah payah cari duit wak kita sambung belajar.aku bukan cakap kat sapa-sapa.just mengingat diri sendiri je.kalu hidup idak menyusahkan orang dan cari pasl tidah boleh ke..ke kau ni memang species cari gaduh ngan orang.kalu kau nak cari gaduh aku bukan lawan yang sesuai untukmu.nak kata aku hebat tidak la.ingat mati sekali sorang.
zorRo
p/s: sory r entry kali ni panas sikit sama ngan hati yang tengah membakar nie..
»»  READMORE...

Thursday, June 02, 2011

borink

assalamualaikum,
Di keheningan malam nie.
sunyi tanpa penghuni.
tinggal la aku berdua bersama kawan yang sama turut merasa kebosanan.
sama memandang sesama sendiri.
melihat imej sendiri.
masa terus berdetik saat demi saat.
berlalu begitu aje.
zorRo

»»  READMORE...

Wednesday, June 01, 2011

kenape perlu cium???

assalamualaikum,
hari ini saya ingin berkongsi satu cerita tentang kenape perlu cium??

UNTUK MEREKA YANG ADA ANAK Kecil...masih belum terlewat utk mengubahnya...

Kenapa suka cium anak?

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak
perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah
akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.

Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata;
"Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan
disayangi."

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyuka

Wallahualam bissawab...kan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail .

Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"
Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu."
Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi."
Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."
zorRo
»»  READMORE...