KLIK UNTUK DUIT

Followers

Wednesday, April 27, 2011

Bertuah Dapat Suami Macam Nie

Lebih kurang tiga minggu yang lepas saya membawa
isteri ke 'Mahkota Medical Centre', dia mengadu
kepada saya kepalanya pening, rasa mual dan badanya
lenguh-lenguh. Saya tanya dia"mengandung kot?" Dia
kata tak ada. Oleh kerana 2-3 hari macam tu saja,saya
bawak dia jumpa doktor dan ternyata.... isteri saya
mengandung dua bulan. Emmm saya dah agak dah.Maka
bermulalah cerita baru dan haluan sejarah masa
depan akan pastinya berubah lagi.

Dia akan merasa loya dengan bau yang sebelum ini
senang baginya, termasuklah bau badan saya. Morning
sickness yang teruk sekali bagi isteri
saya.Kasihan sungguh, terbaring saja sepanjang masa.
Makan tak boleh, minum tak nak, apa pun tak nak.
Adakalanya isteri saya semalaman tak dapat tidur,
kadang-kadang tu asyik nak tidur saja. Selesai saja
solat Isyak dah masuk bilik. Pada awalnya saya tidur
kat luarlah sebab dia tak boleh bau badan saya.
Saya fahamlah orang mengandung memang macam tu,
sekarang ni dah boleh tidur dengan saya dan saya
sudah tahu macamana nak elakan insomnia yang
dialaminya, iaitu dengan membaca Al-Quran
sehingga isteri saya terlelap.Memang kebiasaan
sebelum mengandung pun saya akan membaca
Al-Quran diatas katil di sisi isteri sebelum tidur
sehinggalah dia terlelap.

Sekarang saya terus membaca Al Quran disisinya
sebagai ubat tidur bagi isteri dan anak dalam
kandungan. Adakalanya sampai 2-3 jam.Bukan itu
sahaja, saya juga sentiasa bercakap-cakap dengan
janin dalam perutnya. Perkara yang mula-mula saya
ceritakan padanya ialah tentang tauhid. Saya bermula
dengan
kitab pertama yang saya pelajari dahulu iaitu kitab
'Kasyaful Mahjub'. Mungkin ada pembaca yang berkata
saya terlalu ghairah, kebarangkalian untuk janin
survive masih tipis. Tapi mana ada ayah yang tak
berharapan. Segarang-garang harimau pun tak makan
anak, apatah lagi saya. Apa yang akan berlaku pada
kemudian hari adalah diluar bidang kuasa
saya. Siapa saya untuk mempersoalkanya.

Saya bercerita kepadanya tentang Allah,
zat, sifat, asma, afal. Dan cerita itu kembali
bercerita kepada diri saya. Adayang menghantar
email dan bertanya bagaimana mahu mensihati anak agar
tidak degil. Jawapan yang mahu saya nyatakan bukan hanya
untuk anak tetapi untuk sesiapa sahaja terutamanya
yang mempunyai hubungan rapat dengan kita.Tak
kiralah anak, isteri atau suami. Bagaimana?

1. Semasa anak atau isteri kita sedang tidur inilah
waktu yang paling sesuai terutamanya diwaktu dua
pertiga malam, kerana fikiran bawah sedarnya(sub
conscius mind) adalah paling optimum ketika
ini. Yang tidur hanyalah conscius mind (minda sedar).

2.Sentuhkan ibu jari anda ke langit-langit dan
kemudian sentuhlah dengan halus ibu jari anda ke
ubun - ubun orang yang ingin anda nasihati.

3. Semasa ibu jari diatas ubun-ubun selawatlah
ke atas junjungan Nabi Muhamad dan bacalah surah al
fatihah. Kemudian terus dengan berzikir didalam
hati dan jangan putuskan zikir anda.

4. Angkat ibu jari anda,kalau boleh janganlah
di putuskan zikir didalam hati dan bercakaplah
dengan suara yang agak perlahan agar tidak sampai
mengejutkanya. Beritahulah apa yang ingin anda
beritahunya. Kebiasaannya saya akan menasihati
isteri saya agar tidak selalu melewatkan solat,banyakkan
berselawat, banyak bersabar.

Nasihatilah orang yang anda sayangi dengan apa
sahaja nasihat yang anda inginkan. Jangan putuskan zikir
anda, supaya zikir itu masuk bersama dengan nasihat
anda

5. Anda akan dapat melihat reaksi yang dia sedang
menerima pernyataan anda iaitu kelopak matanya
bergerak-gerak. Insyallah saya doakan diri saya dan
anda berjaya dengan kaedah ini.

Pernah di zaman Imam Abu Hanifah (Hanafi An
Nu'man), seseorang pernah bertanya kepada bapa
Imam Abu Hanifah. "Tuan, bagaimanakah tuan mendidik
Hanafi
sehingga begini istimewa jadinya. Jawab bapa Imam
Abu Hanifah "Aku didik Hanafi 40 tahun sebelum dia
dilahirkan". Kalau didengar pernyataan ini tentu
aneh bagi kita bukan. Bagaimana mungkin manusia yang
belum dilahirkan sudah di didik. Namun apa yang ingin
disampaikan oleh Tsabit (bapa Imam Abu Hanifah)
ialah dia sendiri telah diasuh, manakala isterinya juga
sudah di didik dan Hanafi sendiri sudah dididik sejak
dari kandungan lagi. Saya beri anda satu logik
akal, acuan yang bulat mana mungkin menghasilkan kuih
segiempat. Begitu juga dengan anak dan isteri
kita. Mereka adalah cermin kepada diri kita
sendiri.

Saya bacakan kisah ini kepada janin yang sedang
membesar dalam perut isteri saya. Saya sentiasa
berdoa agar dia terus membesar dan dilindungi Allah
sebagaimana Allah memelihara Imam Abu Hanifah. Saya
nasihatkan dia dengan nasihat yang disuarakan oleh
Luqman Al Hakim kepada anaknya. Saya bacakan kisah
para rasul, para nabi,wali songo, tujuh wali melayu
kepadanya. Cuma isteri saya menasihati agar suara
saya tidak terlalu kuat, bimbang didengar oleh jiran, apa
pula kata mereka nanti.

Dalam kepekatan malam, isteri saya sudah pun yenyak
dibuai mimpi. Saya baru selesai membaca surah yasin
disisi isteri hingga dia terlelap. Saya kehalaman
rumah, mahu merenung langit malam, satu-satunya hobi
saya semenjak kecil semenjak di rumah anak-anak
yatim piatu, saya bawa hingga kini. Langit agak terang
dan
bersih. Saya bersandar dibangku marmar. Kalau isteri
saya sihat pastinya dia menemani saya disini, kami
akan bercerita tentang segala-galanya, tentang masa
depan, tentang anak, tentang cinta, tentang tuhan.

Saya terus merenung langit malam, saya anak yatim
piatu yang ditinggalkan ditengah padangrumput,sehingga
sekarang tidak diketahui siapa ibu ayah saya. Kini
saya akan menjadi ayah. Bermula dari saya akan wujud
salasilah keturunan yang baru.Saya bertekad dalam
hati, Insyallah jika anak ini lahir, dia tidak akan
saya biarkan membesar seperti saya. Dia tidak akan saya
biarkan menagih kasih dirumah kebajikan.Dia tidak
akan melalui zaman pahit seperti saya. Dia tidak perlu
dibohongi yang teddy bear adalah'mama'nya seperti
saya. Air mata ini mengalir lagi. Mudah benar ia
tumpah.Oh! janganlah tumpah lagi.Sudah terlalu
banyak tertumpah.Kalau mahu tumpah biarlah ketika sujud
menyembah ilahi.Pesan guruku air mata lelaki
jangan ditumpahkan sia-sia.

Saya tidak mahu terus melayan perasaan,segera saya
kuncikan pintu dan ke kamar tidur.Isteri saya
telah pun nyenyak dibuai mimpi.Inilah 'bintang timur'
dalam hidup saya.Ia sentiasa bersinar cemerlang dalam
hidup saya,memberi harapan,keyakinan,kesetiaan dan
cintanya kepada saya.Insyallah tidak lama lagi,akan
muncul 'bintang timur kecil' dalam hidup saya

p/s sumber tidak diketahui dari mana..
»»  READMORE...

Monday, April 25, 2011

Aku Cinta Kamu


Pertamanya,
“Aku cinta kamu’
Biar kata – kata itu mendahului
Biar kamu tahu
Betapa aku menyayangimu
Di seluruh ruang hati
Kamu saja yang menghadiri
Kadangkala hatiku sakit
Bukan kerna kamu yang mencalarnya
Bukan kerna kamu tiada di hati
Kerna aku ingin kamu ubati
Adakalanya kamu tidak peduli
Kamu langsung tidak mengerti
Betapa pedihnya hati ini
Namun aku mahu memahami
Kamu selalu menjadi marah
Hingga hati aku menjadi susah
Namun, kamu lagi resah
Biarlah aku yang beralah
Kamu yang aku cintai
Hatimu tidak akan aku lukai
Biar kamu marah, sedih dan menangis
Sayangku tak mungkin akan habis
Aku akhirikan,
Sebuah ungkapan,
“Aku cinta kamu”
»»  READMORE...

jodoh merupakan takdir dan perlu mencarinya





“Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan” 

Pendapat ini lebih sempurna. Memang itulah aturan mencari dan memilih jodoh. Selain daripada pendapat di atas, masih ada cara lain yang digunakan di beberapa tempat seperti :
1. Jodoh dicari dan dipilih oleh orang tua tetapi perkahwinan
berlangsung atas persetujuan anak.
2. Anak lelaki mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan berkahwin bergantung kepada orang tua.
3. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan perkahwinan bergantung kepada kedua belah pihak orang tua.
4. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri serta menentukan sendiri perkahwinannya.
Mengikut ajaran Islam, persetujuan antara kedua belah pihak merupakan perkara asas, iaitu atas persetujuan dari calon suami dan isteri. Ini disebabkan perkahwinan di dalam Islam bertujuan untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut.
Kedua orang tua harus turut serta memikirkan atau memerhatikan jodoh bagi anaknya. Jadi masalah memilih jodoh dalam Islam boleh dilakukan oleh anak ataupun kedua orang tua.
Namun begitu, kedua orang tua tidak boleh sesuka hati mencarikan calon untuk anaknya. Ianya mestilah berlandaskan ajaran Islam.
Bagi menentukan jodoh untuk kaum wanita,  setidak-tidaknya perlu diperhatikan beberapa ciri berikut:
i. Pemimpin keluarga yang baik dan bertanggungjawab untuk membina rumahtangga.
ii.Mencari nafkah yang jujur dan berhasil
iii. Pasangan ideal dalam erti;
- bersikap baik terhadap isteri
- dapat memberikan kebebasan berfikir dan memberi pendapat
- menerima kekurangan dan kelemahan isteri
- dapat membantu tugas isteri dalam keadaan dan kegiatan tertentu
- dapat menjaga kewibawaan isteri
- dapat membimbing isteri ke jalan yang baik
- dapat menghormati dan menyayangi sanak keluarga isteri
iv. Bapa yang baik dan sayang kepada anak-anak
v. Pasangan yang baik zahir dan batin
»»  READMORE...

Sunday, April 24, 2011

kerang+ayam kicap=selera hari ini




p/s masakan saya hari ini..huhuhu.syukur Alhamdullilah..jom makan.
»»  READMORE...

Friday, April 22, 2011

when love is no longer meaningful ..

Bila cinta kini
Tak lagi bermakna
Yang ku rasa kini
Hanyalah nestapa
Ditinggalkan cinta masa lalu

Dulu kau tawarkan
Manisnya janjimu
Yang ku sambut itu
Dengan segenap hatiku
Bila engkau pergi
Tinggalkanku

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku memilih
Cinta yang fana

Perginya dirimu
merobek jantungku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan

Hilangnya cintamu
Menusuk hatiku
Hingga ku terjatuh
Dalam harapan
Uuu…
Dalam harapan

»»  READMORE...

kerinduan

hari ini aku amat merindui dirinya.kerinduan yang teramat sangat.merindui semua kenangan bersamanya.tapi aku tidak terdaya untuk berbuat ape2.siapalah diri ini untuk merindui dirinya.kenangan indah bersamanya masih trsemat dalam memori hati ini.hati ini tidak mampu mengungkapkan kata rindu sedangkan ia amat merindui seseorang itu.tetapi buat masa ini dia tidak mampu berbuat ape2.biarlah masa,waktu dan takdir yang menentukan segalanya.jika masih diberi kesempatan aku akan menjaga dirinya lebih dari diri ini.
»»  READMORE...

Tuesday, April 19, 2011

ape kelebihan dia dan di mana kekurangan ku

Dimanakah kau zalwani… dimana kau letakkan dirimu yang sebenar? Mengapa kini kau jauh berubah? Mengapa kau sanggup  membuat aku begini? Dimanakah kesalahan ku? Dimanakah kekurangan ku? Nyatakanlah wahai zalwani ku syg.. nyatakan padaku.. biar dapat ku perbaiki kelemahan diri ini demi mempertahankan hubungan kita. Apakah kelebihan si dia hingga kau sanggup meninggalkan aku begini. Hingga kau sanggup menggantikan aku yang penah bertakhta di hatimu..mengapa kau begitu kejam wahai zalwani. Sedangkan kau tahu sedalam mana keikhlasan, cinta serta kasih sayang ku padamu. Tapi mengapa kau sanggup mengenepikan semua itu hanya kerana dia.. hanya kerana dia!!!!!
Wahai  zalwani Tahukah kau betapa deritanya aku semenjak kau memperlakukan aku sebegini rupa. Dimanakah perikemanusiaan kau wahai zalwani???
Di mana!!!!!
Dimana kata-kata manismu dahulu
Dimana janji-janji manis mu dahulu wahai zalwani
Dimana kau campakkan???
Adakah kini telah berpaling segala – galanya pada si dia?
Mengapa kau tidak menunaikan sedikit pun janji – janjimu yang pernah kau katakan padaku suatu masa dahulu
Wahai zalwani
Aku disini
Masih menanti dan menagih segala janji dan harapan yang telah kau berikan kepada ku.
Tidakkakh kau tahu
wahai zalwani…
Adakah aku harus melaungkan semua ini di telinga mu atau pada seluruh alam!!!
Katakanlah wahai zalwani..
Katakanlah.
Kini tiada lagi tempat untuk aku
bermanja- manja
Tiada lagi tempat untukku bermesra, mencurah kasih ku
Menunaikan kesetiaanku,serta rasa cinta ku.
Wahai zalwani…
Kau kini telah membekukan kembali hati ku yang pernah kau cairkan untuk aku menerimamu suatu masa dahulu.
Kau yang mencipta
Kau juga yang memusnahkannya kembali..
Kau begitu kejam wahai zalwani…
»»  READMORE...

Sunday, April 17, 2011

main bowling ngan kawan

p/s  bersuka ria bersama kawan-kawan main bowling hari rabu di kb mall.fuhhhhh..hepy sangat..walaupun mula2 game first kalah..
»»  READMORE...

Monday, April 11, 2011

kekasihku dilangit tinggi


Kemana jua aku mengarah
Pandanganku mengambarkan wajahmu
Oh kasihku dilangit tinggi
Di lautan yang sedang menari

Biarpun aku memejam mata
Pandanganku mengambarkan wajahmu
Berseri  di cermin hati
Di taman impian ku mimpikan

Kasih wajah kau ku jadikan
Azimat penguat  semangat
Bias ku gagahi cabaran yang datang
Kasihku harap kau sudi maafkan
Aku yang meminjam
Wajahmu mengisi kekosongan
»»  READMORE...

Saturday, April 09, 2011

Wanita yang wajib dijauhi oleh orang lelaki


Ada satu pandangan daripada pakar cinta di luar negara berkenaan ciri-ciri wanita yang wajib dijauhi. Dengan izin, saya kongsikan sebahagian kecil di sini.
1. Wanita kategori liar.
Inilah jenis wanita yang sering dinasihati oleh mana-mana ibu untuk dijauhi. Pada awalnya, perhubungan dengan wanita sebegini sememangnya menyeronokan.
Dia selalu melakukan sesuatu di luar jangkaan. Perasaan selalu mencuba sesuatu yang bagus, tetapi sikap cuba-cubanya tidak wujud sempadan. Kita teruja dengan kegilaannya tetapi tak kita sedar, tersadung dalam masalah yang diciptanya.
2. Wanita si Bom jangka.
Wanita bersifat bom jangka seumpama emosi yang akan meletus tanpa apa-apa amaran ketika anda menjangka semuanya erkawal.
Dia kelihatan normal luarannya sehinggalah kita menjadi sasarannya.
Individu seperti ini bukan sahaja menjadi bom jangka dalam emosi kemarahan malah emosinya akan mengubah keputusan-keputusan penting.
3. Wanita si Gula-gula
Gadis muda seumpama gula-gula yang melihat kita sebagai pembimbingnya dan menyukai kewujudan kita.
Dalam keadaan ini kita seolah-olah bertindak seperti seorang yang mengajarnya untuk menjadi wanita idaman dan cuba mencipta kehidupan yang penuh kematangan untuknya.
Hakikatnya kita sudah tertipu, gadis muda seumpama ini sebenarnya sedang menguji kuasa tarikan yang ada pada dirinya.
4. Wanita si Bintang
Wanita bersifat bintang menjadikan pasangannya sebagai jalan untuk mempopularkan atau menguntungkan dirinya semata-mata, lebih-lebih lagi jika dia mempunyai keinginan besar terhadap sesuatu yang jelas bukannya diri kita.
5. Wanita si Penggapai.
Penggapai mempunyai kedudukan kewangan lebih dari apa kita miliki dan dia menyukai keadaan demikian, ia memberi jaminan kepada dirinya.
Mengapa dia suka? Dia memilih pasangan yang bukan dalam kelompoknya agar ia memberinya ruang bergerak.
Kita menjadi sasaran jika matlamat kewangannya gagal, dan kita dilihat sebagi punca terbazir masanya sekadar untuk aktiviti bersama.
Dia cenderung mengatakan setiap usahanya adalah untuk kebahagian bersama.
6. Wanita yang Tercedera.
Hubungan yang terjejas menjadikan wanita dalam kategori ini tercedera emosinya sepanjang masa.
Kewujudan kita adalah kapal persinggahannya sementara baginya untuk memikirkan kesilapannya, apa yang terjadi, siapakah dia dan apa yang perlu dilakukannya.
Sepanjang kita menjadi pasangannya, kita mendengar segala kisah buruknya. Kita akan menjadi pendengar setia kisah sedihnya semalam, hari ini dan esok.
Dalam jangkaan kita kewujudannya untuk menyintai kita, tetapi dia lebih memikirkan keadaan dirinya.
Setelah selesai, selamat tinggal untuk kita.

»»  READMORE...

Thursday, April 07, 2011

Warkah cinta terakhirku!!!


Saya telah mengembara ke hujung dunia,mencari cinta saya.tpi,pertama kali saya bertemu awk,hati saya terus terpaut.demi tuhan,saya tidak tahu kenape??tapi itulah kebenarannya.
Saya telah menolak awk,tapi awk mencabar saya dengan kejujuran awk, awk tahu yang awk tidak bertepuk sebelah tangan.dan awk berjanji saya bukan seekor rama-rama perhiasan di dinding kamar tidur awk.
Hanya dengan sebuah renungan saya jatuh tersungkur ke penjuru mata awk.saya tidak dapat membohongi perasaan saya bahawa saya menyayangi awk .dan di saat saya mencintai awk,saya telah jatuh kedar perasaaan yang paling dalam. Lemas dan hamper tenggelam di dalam lautan kasih sayang ,seribu impian dan saya mula terfikir saya mengembara ke hujung dunia mencari awk,rupanya awk ada disisi saya selama ini dan baru saya sedari tika dan saat itu.

Bagai merpati putih cinta saya berkelana mencari singgah sana dihati awknyata saya tidak menemuinya .tapi akhirnya bila awk telah memiliki cinta saya,awk mencampakkannya jauh ke dasar laut yang saya tidak mampu saya selam.disana saya tidak mampu melihat cahaya.aawk berikan saya harapan dan awk jugalah yang menyalakan api dan membakar saya dalam diam.

Saya sedih sangat bila awk kata awk tidak tahu apa sebenarnya awk cari.tapi jauh di sudut hati saya merasakan awk masih belum cukup dewasa untuk memahami apa itu cinta dan mungkin tidak akan pernah dewasa atau mungkin belum pernah benar-benar jatuh cinta pada seseorang.
 Jadi siapakah saya selama ini dihati awk??
Adakah selama ini awk sebenarnya tidak pernah menyintai saya??
Siapa yang memujuk saya untuk membuka pintu hati??
Siapa yang mengajar saya bahawa cinta itu memerlukan pengorbanan??
Siapa yang memberihatu saya agar sentiasa jujur pada perasaan sendiri??

AWAK!!

Awk mungkin perempuan jenis yang boleh mencintai ramai lelaki berkali-kali. Tapi saya pula lelaki yang percaya bahawa dalam hidup saya hanya ada ! wanita , 1 cinta dan 1 perkawinan.
Kita hidup hanya sekali,mati sekali dan menyintai sekali..
Melangkah pergi meninggalkan awk ,awk telah mengambil seluruh kekuatan yang saya ada.jangan anggap saya tinggalkan awk kerana saya bencikan awk.jangan.

Bagaimana harus saya bencikan awk sedangkan setiap hari saya merindui awk,biarpun pada ketika ini awk tidak berada di sisi saya.di saat saya mengingati awk.seumur hidup ini saya mencintai awk..
AWAK!!
Sebelum saya menghilang dari dunia awk, saya ingin nyatakan  sesuatu yang tidak pernah awk tahu. Kalulah awk bertanya kepada saya,sedalam mana saya cintakan awk,inilah jawapan saya:
Saya mencintai awk seluas air dilautan yang tidak pernah ada penghujungnya.
Dan sebanyak bintang dilangit.
Seseorang pernah berkata,
If you really love someone,then let the person go. If that the person is meant for you,than that person will come back to you eventually. But if the person does not,the that person was never meant for you,in the first place.
Awk , mencintai awk saya melangkah pergi,demi kebahagiaan awk,saya berdoa supaya suatu hari nanti awk akan temui apa yang awk cari.supaya suatu hari nanti awk akan memahami apa erti cinta yang sebenar.supaya suatu hari nanti awk akan dapat mengetahui bagaimana rasanya terlalu mencintai seseorang dan semoga awk takan pernah terlewat untuk menghargainya.
AWAK,
Saya percaya pada tuhan yang mempertemukan kita,saya tahu ada hikmah disebalik semua ini dan saya tidak akan menyoal.saya juga tidak pernah kesal sekurang-kurangnya sepanjang mengenali awk,saya telah bersikap jujur dan ikhlas dengan perasaan saya.
Saya juga percaya, andai kita benar kita punya jodoh awk akan kembali pada saya itu bukan harapan saya tapi ingin belajar untuk pasrah pada ketentuan .
»»  READMORE...

Wednesday, April 06, 2011

SUTERA KASIH


Kian lama terpenjara
Mencari makna cinta
Dalam ungkap kata bersulam dusta.

Bila gerbang rahmat terbuka
Menjelma cinta suci
Sehalus dan selembut sutera kasih.
Terbentanglah tersingkap kebenaran
Terlerailah terbenam kepalsuan

Bukan pada-Mu ada kedamaian
Diribaan-mu ada kebahgiaan
Tiada lagi rasa kesangsian dihati
Cintamu cinta tulus cinta murni
Kasihmu nan abadi
Bercambahlah cinta
Mengharum dalam jiwa
Meleburkan kerinduan syahdu
Pada yang maha Esa

Sutera kasih membelai
Membalut kelukaan itu


Sutera kasih membelai
Membalut kelukaan itu
Sutera kasih melambai
Mengisi kekosongan pengharuman


»»  READMORE...

Tuesday, April 05, 2011

RINDU YANG TIADA PENGHUJUNG

Sayangku..aku ingin melupakanmu!!
Aku sudah tidak sanggup untuk mengenangkan segala apa yang pernah kita lalui bersama.
Biarpun yang manis mahupun yang pahit.
Kepahitan yang kau beri lebih menderita berbanding kebahagiaan yang dibawa oleh kemanisan bersamamu.
Namun semakin aku cuba melupakan mu semakin rindu mencekam perasaan ini..
Aku rindu suasana yang penuh gelak tawa yang menghiburkan ..
Saat ini aku hanya mampu menanti …menanti…dan terus menanti kau hadir kembali menyinari hidupku…
Semoga tuhan mengizinkan …
Insya-Allah..
»»  READMORE...

Monday, April 04, 2011

Wahai Sahabat...Mari Berpuisi



Wahai sahabat semua
Dengarlah bisikan kata-kata ku ini.
Tulislah wahai sahabatku..!
Tulislah sebuah nama untuk cintamu
Tulislah puisi cinta kalian
Tulislah apa yang telintas dihati kalian
Rasakan getaran suara hati naluri kalian
Biarkan ia bersuara menjerit
Biarkan seisi dunia mendengarkan luahannya
Luahan rasa hati seorang manusia
Wahai sahabatku...Jangan engkau berdiam diri
Jangan engkau hanya menjenguk disana sini
lihat sana lihat sini
Bukankah engkau juga mempunyai rasa hati?
Sedikit naluri untuk berpuisi?
Wahai sahabatku...Percayalah bahawa ...
kita cuma insan biasa
cuba meneroka rahsia kehidupan
Sama-sama juga ada kekurangan
sama-sama ada sedikit kepahitan
Didalam merenangi lautan madah cinta ini
cuba membongkar rahsia hakikat puisi cinta
»»  READMORE...

Saturday, April 02, 2011

Erti semangat Hidup


"Kasihku Penyejuk Hatiku"

masa depan bukan untuk ditakuti. 
Bukan pula untuk diangani. 
Ia sedang diciptakan hari ini. 
Jika hidup membuat kita tersungkur. 
Kita hanya punya dua pilihan. 
Tetap tersungkur. 
Atau bangkit kembali. 
Kita Tak pernah sendirian. 
Akan selalu ada tangan-tangan untuk berpegangan. 
Akan selalu ada bahu-bahu untuk bersandar.

khas untuk AYU
»»  READMORE...

Friday, April 01, 2011

Kenapa wanita menangis??



 assalamulaikum
 Hari ni kita nk bincang sikit tentang air mata wanita.hehe.seperti apa yang kita tahu,dah menjadi lumrah kepada setiap perempuan tu mempunyai hati yang lembut,mudah tersentuh atau dalam erti kata lain ialah sensitif..
air mata wanita ni juga adalah senjata untuk melemahkan hati sesiapa yang melihat terutamanya insan yang bernama lelaki..so,persoalannya disini..kenapa wanita ni air matanya mudah sangat mengalir?kenapa?wanita ni memang di cipta Allah dengan sifat yang lemah lembut dan wanita juga dikurniakan 9 nafsu dan 1 akal. berbanding lelaki yang nafsunya 1 tapi akal nya 9 wanita, akalnya yang 1 di kawal oleh 9 nafsunya.begitu juga lelaki ,9 akal tu yang mengawal 1 nafsu tu.
kadang-kadang ada sesetengah lelaki khususnya akan berasa pelik dan jelik jika wanita tu menangis atas perkara yang remeh.dari aspek yang semacam ini,lelaki seharusnya memahami wanita ini.wanita akan menagis jika perkara tu betul2 menyentuh hatinya. tambahan pula dia akan lebih mudah menagis jika orang yang dia sayangi tak ambik berat tentang dirinya..perkara ni nampak kecil je kan?tapi pada wanita hal ini amat terkesan dalam hati dia.

ok..untuk situasi lain,contohnya si isteri mengadu pada suaminya..
"abg,bahu ayg sakit la.boleh tak abg tolong picit jap"..lepas tu suami dia cakap.."ala syg,abg pun letih juga.."pastu,pasti muncung isteri tu akan keluar sedepa. pada masa tu dia akan mula mengomel dan turunlah air mata..sikit je kan masalah nye?kalau kes macam ni terjadi macam ne?suami sure mengelabah kalau tengok isteri nangis..hehe.
so,memang tak ada cara lain.kena pujuklah jawabnya.tapi,nak pujuk pun kena ada cara.salah pujuk,lagi menjadilah jawabnya..bak kata Dr.Fadhilah Kamsah, "jika isteri tengah menagis,dan seumpama mahu dipujuk,suami kena guna cara yang terbaik,contohnya,peluk isteri tu, kalau rasa tak reti nak peluk,usap lah tangannya sambil senyum ke arahnya.insyaallah,lembut hati isteri tu."
jom kita baca kisah ni..

kisah di bawah ini hanyalah sebagai pengetahuan kepada anda sekalian untukmengetahui kenapa perempuan mudah menangis.Supaya bagi mereka-mereka yang lelaki tahu, kenapa wanita terlalu mudah untukmengalirkan air mata sekiranya berlaku sesuatu dalam perhubungan.
Suatu hari, seorang anak bertanya kepada ibunya,
"Ibu, mengapa ibu menangis?"Ibunya menjawab, "Sebab ibu adalah perempuan, nak."
"Saya tidak mengerti ibu," kata si anak.
Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. "Nak, kau memang tak akan mengerti"
Kemudian si anak bertanya kepada ayahnya."Ayah, mengapa ibu menangis?""Ibumu menangis tanpa sebab yang jelas,"sang ayah menjawab.
"Semua perempuan memang sering menangis tanpa alasan."
Si anak membesar menjadi remaja, dan dia tetap terus bertanya-tanya, mengapaperempuan menangis?Hingga pada suatu hari, dia bertanya kepada seorang gurunya,
"cikgu, mengapa perempuan mudah menangis?"
Gurunya menjawab:
"Saat Allah ciptakan wanita, Allah membuatnya menjadi sangat utama. Allah ciptakan bahunya, agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga, bahu itu cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.
Allah memberikan wanita kekuatan untuk dapat melahirkan, dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau seringkali pula, ia kerap berulangkali menerima cerca dari anaknya itu.
Allah memberikan keperkasaan, yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah, saat semua orang sudah putus asa.
Pada wanita, Allah memberikan kesabaran, untuk merawat keluarganya, walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh kesah.
Allah memberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang, untuk mencintai semua anaknya, dalam kondisi apapun, dan dalam situasi apapun. Walau, tak jarang anak2nya itu melukai perasaannya, melukai hatinya.
Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang terkantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat dideka pdengan lembut olehnya.
Allah memberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa -masa sulit, dan menjadi pelindung baginya. Sebab, bukankah tulang rusuklah yangmelindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak?
Allah memberikan kepadanya kebijaksanaan, dan kemampuan untuk memberika npengertian dan menyedarkan, bahawa suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau, seringkali pula, kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan yang diberikan kepada suami, agar tetap berdiri, sejajar, saling melengkapi, dan saling menyayangi.
Dan, akhirnya, Allah memberikan wanita air mata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Allah berikan kepada wanita,agar dapat digunakan bilapun da inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, air mata ini adalah air mata kehidupan".
ada sesetengah lelaki ini melebihkan egonya.kadang2 lelaki sanggup cakap.."you nangis r puas2.tak kuasa i nak layan you lagi"..adakah inicara terbaik? masa bercinta dulu tak hingat! lautan api sanggup diredahi.sekarang,isteri nangis ..biar gitu je..kenapa wanita cepat nagis?sebab dia nak perhatian yang lebih terutamanya dari orang yang dia sayang..tengok pada anak2 kecil..jika dia menagis,apa yang dia mahu kan?belaian kan?jika pada zaman berkasih,boleh beri layanan yang hebat,kenapa ketika di alam rumah tangga layanan tu tak sama?bukankah sepatutnya lepas kahwin tu kemesraan sepatutnya ditahap yang paling maksimum?dapat pahala tu!!!
ok..kenapa lelaki tak mudah menangis?perasan tak kalau masa kecik2 dulu,bagi orang lelaki la ni..kalau la budak laki ni nangis,mesti mak atau ayah,atau cikgu atau sapa2 saja akan cakap..'ish..apa ni laki nagis?buat malu je.macam perempuan je.laki kuat..tak boleh nangis"...sebabkan statement ni la yang sudah terbekesan dalam minda lelaki.memang pada dasarnya,betul..tapi,siapa kata laki ni tak boleh nagis?hebat sangatkah ke "ego" an tu? Rasulullah saw pun menagis jugak.tapi tangisan nya bertempat lah..:-)
tapi,apa2 pun,janganlah letak tanggapan yang salah pada wanita kerana kemudahan air matanya untuk turun.cuba selami hati wanita.wanita ni just nak dimanja,diberi perhatian.terutamanya dari orang yang dia sayang.dalam lirik lagu sumayyah nyanyian Hijjaz pun ada tertulis,
"tangan yang di sangka
lembut menghayun buaian
mengoncang ,mencipta sejarah." hehe.
dan di sebalik kejayaan lelaki itu,pasti ada seorang wanita dibelakangnya..."

"Karena wanita ingin dimengertiLewat tutur lembut dan laku agungKarena wanita ingin dimengertiManjakan dia.. dengan kasih sayang"

»»  READMORE...

Sahabat Sejati

Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri

Apa yang kita alami demi kawan kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan
mempunyai nilai yang indah.

Persahabatan sering menyuguhkan beberapa cubaan, tetapi persahabatan sejati bisa mengatasi cubaan itu bahkan bertumbuh bersama karenanya...

Persahabatan tidak terjalin secara automatik tetapi memerlukan proses yang panjang seperti besi menajamkan besi, demikianlah sahabat menajamkan sahabatnya..

Persahabatan diwarnai dengan berbagai pengalaman suka dan duka, dihibur - disakiti, diperhatikan - dikecewakan, didengar - diabaikan, dibantu - ditolak, namun semua ini tidak pernah sengaja dilakukan dengan tujuan kebencian..

Seorang sahabat tidak akan menyembunyikan kesalahan untuk menghindari perselisihan, oleh itu karena kasihnya ia memberanikan diri menegur apa adanya.

Sahabat tidak pernah membungkus pukulan dengan ciuman, tetapi menyatakan apa yang amat menyakitkan dengan tujuan sahabatnya mahu berubah.

Proses dari teman menjadi sahabat membutuhkan usaha pemeliharaan dari kesetiaan, tetapi bukan pada saat kita membutuhkan bantuan barulah kita memiliki motivasi mencari perhatian, pertolongan dan pernyataaan kasih dari orang lain, tetapi justru ia berinisiatif memberikan dan mewujudkan apa yang dibutuhkan oleh sahabatnya.
Kerinduannya adalah menjadi bagian dari kehidupan sahabatnya, karena tidak ada persahabatan yang diawali dengan sikap egoistis.

Semua orang pasti membutuhkan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya. Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur karena dikhianati sahabatnya.

Ingatlah kapan terakhir kali anda berada dalam kesulitan. Siapa yang berada di samping anda ???
Siapa yang mengasihi anda saat anda merasa tidak dicintai ??
Siapa yang ingin bersama anda
saat anda tak bisa memberikan apa-apa ??

MEREKALAH SAHABAT ANDA

Hargai dan peliharalah selalu persahabatan anda dengan mereka.

** Dalam masa kejayaan, teman-teman mengenal kita. Dalam kesengsaraan, kita mengenal teman-teman kita **
»»  READMORE...

mutiara kata sahabat sejati


‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”

Dalam Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.
Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).
Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik?
Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.
Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:
  • Sahabat yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
  • Sahabat hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
  • Sahabat pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
  • Sahabat pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
  • Sahabat yang membawamu semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.
»»  READMORE...

study financial+badmood

malam ni aku p study akaun rumah kawan ku..ni gara-gara aku terskip kelas hari tu la...banyak yang aku ketinggalan.so aku kena kejar la.lagipun minggu depan dah start midterm..berdebar giler..maklumlah aku ni orang yang jenis suka stdy tu gak..perasan plop..aku memang jarang study..kalu stdy pun last minute..ape yang aku belajar pun ape xthu..aku rasa xpuas hati sangat hari ini..memang aku dah xbleh nk sabar sangat..memang aku geram sangat..diorang ingat dia tu bagus sangat ke..cermin muka kat cermin la nak mengata pun.kalu rasa perfect xpe la..tapi ada ke manusia ni perfect???orang kata ukur badan dibadan sendiri la..aku tidak kata kat sape2..yang makan cili tu dia la rasa pedas..aku xsabar nak habiskan pengajian aku kat sini..serabut perut je..
»»  READMORE...