Farid meratah wajah dihadapannya itu.cantik. Dengan sepasang mata yang indah dan damai. Zalwani mengetap bibir. Resah diperlakukan begitu. Ingin saja dia beredar dari situ.Cukuplah setakat ini saja perkenalan ini.Dia tidak mahu memperalatkan perasaan Farid yang nyata nampak baik.
“awk dah makan?”
Farid mengangguk perlahan. Gembira benar hatinya dapat bertemu gadis idaman.Zalwani mengeluarkan nasi bungkus dari dalam beg plastic. Dia menghulurkan bungkusan itu.
“boleh tak kalau zalwani tolong suapkan?”
Zalwani tergaman. Dia mengalihkan pandangannya pada kedua-dua tangan Farid yang cedera. Argh, serba salah dibuatnya.
Dia mengalah. Kaku sahaja lagaknya menyuapkan nasi ke mulut Farid. Dan isi hatinya terus berperang tentang hajatnya. Dia tidak bermaksud untuk mempermainkan perasaan Farid. Tapi dia tidak tahu bagaimana untuk mengatasi masalahnya sendiri. Dengan adanya part time lover dapatlah dia menyelamatkan dirinya dari masalah ini.
Bila segalanya sudah selesai nanti, dia akan berterus terang dengan Farid. Dia yakin Farid dapat menerimanya nanti. Dia memiliki perwatakan yang menarik dan tentu ramai gadis yang tergilakan dia. Begitu jugak dengan dirinya sendiri apabila melihat wajah tampan Farid. Cuma dia belum bersedia dan masih tidak mahu memikirkan tentang soal jodoh lagi.
“Esok balik kerja, Zalwani pergi mana?”
Pertanyaan itu mengejutkan lamunan Zalwani. Dia menggeleng perlahan.
“kalau macam itu, bolehlah Zalwani datang melawat Farid lagi....”
“insyaAllah.”
Yes. Jerat percintaan sudah mengena....
Zalwani melangkah laju mendapatkan Atiras Emyra. Senyumannya nampak berseri dan ceria. Dia terus melabuhkan punggung di sebelah Atiras Emyra yang sedang asyik menonton drama korea yang diminatinya, iaitu My Princess.
“Tiras....i’m so happy.”
“Why?”
“aku dah dapat part time lover, hari ni dah mula dah.”
“siapa yang malang itu.”
Atiras Emyra tersenggih.
“Budak yang accident tu.....”
“oh jadi tadi engkau pergi melawat dialah ni”
Zalwani mengangguk kecil.
“Okey jugak budak itu.”
“No komen, tapi kesian kan....sudah jatuh ditimpa tangga pulak.”
Atiras Emyra terkekeh.
“Alah aku dah tiada pilihan lain. Ini je jalan yang ada dan terbaik. Bapa aku dah tak sabar-sabar pulak tu.”
“Hah sebut je sal bapa kau. Tadi dia ada call .”
“Kan aku dah cakap dah, dia dah tak sabar-sabar nak tengok aku kahwin.”
Tawa Atiras Emyra berlarutan. Zalwani turut sama ketawa kecil. Sedikit sebanyak hatinya sedikit tenang. Dia dah pun dapat part time lover. Dapatlah dia mengatasi masalah yang menyeksa hatinya ini.