KLIK UNTUK DUIT

Followers

Wednesday, February 29, 2012

CIRI-CIRI MURTAD

Banyak orang menganggap bahawa orang yang murtad itu ialah orang yang keluar dari Islam dan mengaku menganut agama lain sahaja. Sedangkan dalam banyak hal, banyak orang menjadi murtad kerana perbuatan, tingkahlaku, kepercayaan dan sebagainya. Antara ciri orang yang tergolong dalam golongan murtad ialah:
 
1. Menyandarkan hukum kepada selain Allah.
Barangsiapa yang bertahkim atau merujuk kepada hukum-hukum selain yang telah ditetapkan oleh Allah maka ia termasuk orang yang murtad. Kerana memang masalah hukum yang menjadi pagar kehidupan manusia tidak boleh dibiarkan begitu saja.
Maka secara tegas Al-Quran menyebut: "Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan oleh Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir." (Al-Maidah 44)
 
2. Kebencian terhadap hukum Islam,atau mengutamakan peraturan lain,atau menyamaratakan Islam dengan peraturan lain.
Seperti perkataan seseorang, "Aku benci dengan puasa. Sebab puasa ini menyebabkan tenaga fizikal dan keupayaan kerja menurun, sehingga memerosotkan ekonomi." Atau perkataan lain, "Aku benci dengan hijab (pakaian penutup) wanita. Kerana mengurangi ruang gerak dan tidak sesuai dengan kemajuan zaman."
Dan antara perkataan lain iaitu: "Dan orang-orang yang kafir maka kecelakaan bagi mereka dan Allah menyesatkan amalan-amalan mereka."Yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya mereka membenci kepada apa yang diturunkan Allah (Al-Quran) lalu Allah menghapuskan (pahala-pahala) amal-amal mereka." (Muhammad 8-9)
 
3. Mengolok-olok sebahagian isi Al-Quran atau Sunnah syiar Islam.
Seperti memperolokkan pembahagian harta waris yang tidak sama antara lelaki dan perempuan atau mengolokkan sunnah yang telah melarang kaum lelaki menggunakan perhiasan emas, atau mengolokan syiar Islam seperti penggunaan azan sebelum solat dan sebagainya.
Allah berfirman "Orang-orang yang munafik itu takut akan diturunkan terhadap mereka sesuatu surah yang menerangkan apa yang tersembunyi dalam hati mereka. Katakanlah kepada mereka: "Teruskan lah ejekkan-ejekanmu (terhadap Allah dan Rasul-Nya) sesungguhnya Allah akan menyatakan apa yang kamu takuti. Dan jika tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka lakukan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain-main saja. Katakanlah: "Apakah dengan Allah,ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok." "Tidak usah kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman. Jika kamu memaafkan segolongan daripada kamu (lantaran mereka bertaubat) nescaya Kami akan mengazab golongan yang lain disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat dosa." (At-Taubah 64-66)
 
4. Menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal.
Haram dan halal adalah ketetapan Allah dan RasulNya yang tidak ditunggangi oleh unsur-unsur nafsu. Orang yang menghalalkan sesuatu yang sudah jelas diharamkan Allah, atau sebaliknya,bererti ia melawan hukum dan syariat-Nya, lalu dengan bebas ia meletakan hukum dan syariat secara peribadi. Perbuatan seperti itu jelas perbuatan orang kafir dan orang yang tersesat.
Allah berfirman: "Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh lidahmu secara dusta "ini" halal dan "ini" haram, untuk mengada-adakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguh-nya orang-orang yang mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung. Itu adalah kesenangan yang sedikit dan bagi mereka azab yang pedih" (An-Nahl:116-117)
 
5. Mengimami sebahagian dasar-dasar Islam dan mengingkari sebahagian yang lain.
Contohnya: Orang Islam yang menyakini Islam sebahagian agama pegangan, tapi disaat ia mengingkari Islam sebagai agama yang meletakkan kaedah-kaedah hukum kehidupan atau peraturan. Atau ia menyakini Islam sebagai pegangan hidup dan disatu saat mengingkari Islam sebagai agama yang dapat mengatur politik, negara dan ekonomi.
Firman Allah: "Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al-Kitab (Taurat) dan ingkar kepada sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia dan pada hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah tidak lengah dari apa yang kamu perbuat." (Al-Baqarah 85)
 
6. Beriman kepada Al-Quran dan menolak sunnah.
Padahal Al-Quran sendiri telah menegaskan bahawa beriman dan taat kepada Rasulullah SAW merupakan satu ketaatan kepada Allah. Ketaatan kepada Rasul harus meliputi segala perintah dan larangan, perkataan dan perbuatan.
Firman Allah bermaksud: "Barangsiapa mentaati Rasul itu, sesungguhnya ia mentaati Allah. Dan barangsiapa yang berpaling (dari ketaatan itu) maka Kami tidak mengutus untuk menjadi pemeliharaan bagi mereka." (An-Nisaa':80)
 
7. Menjadikan orang kafir, munafik dan ateis sebagai pemimpin.
Allah berfirman maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi pemimpin-pemimpinmu, sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian yang lain. Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin maka sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim." (Al-Maidah 51)
 
8. Mengolok-olok sifat Rasulullah SAW ataupun pekerjaan baginda.
Allah SWT bersabda maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suaramu lebih dari suara nabi dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara yang keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap sebahagian yang lainnya, supaya tidak hapus pahala amalanmu, sedangkan kamu tidak menyedari." (AlHujurat 2)

No comments: