AKU, KAU BERBEZA...tapi...AKU, KAU ISTIMEWA sebenarnya...
Beza Lelaki & Wanita
Lelaki
Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah
baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh
bapanya. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri,
dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin
dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN?
Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab ke
atas ibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan
tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama
anak
lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan
hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik
pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik
dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??
Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi
isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu.
Suami tak sepatutnya bertanya pendapatan isteri
lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa
izin, tapi boleh berbincang menggunakan duit isteri
bagi tujuan sepatutnya. Banyak lagi tanggungjawab
lelaki, lebih-lebih lagi yang bergelar suami
perlu
tanggung.
Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang
ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu
sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih
panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak
larat dengan beratnya dosa-dosa yang ditanggung (ikut
kajian laa..)
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang
dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena
tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah
kira-kiranya.
Wanita
:
Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar
rumah tetapi tidak sebaliknya.
Saksinya kurang berbanding lelaki.
Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan
anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat
pada isterinya.
Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri.
Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan
nifas yang tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya??
Benda yang mahal harganya
akan
dijaga dan dibelai serta disimpan di tempat yang
tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak
akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya
dengan seorang wanita.
Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib
taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.
Bukankah ibu adalah seorang wanita?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi
harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu
diserahkan kepada suaminya, manakala lelaki menerima
pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara
isteri dan
anak-anak.
Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan
anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala
haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di
mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid
kecil. Manakala dosanya diampun ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan
dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini:
isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara
perempuannya. Manakala seorang wanita pula,
tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org
lelaki ini: suaminya,ayahnya, anak lelakinya dan
saudara
lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui
mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4
syarat sahaja: sembahyang 5 waktu, puasa di bulan
Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya.
Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah
tetapi wanita jika taat akan suaminya serta
menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima
pahala seperti pahala orang pergi berperang
fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita
....
Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya
istimewa di sisi seorang lelaki, tetapi ingatlah
wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi
Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi
pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan
HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak
masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam
keadaan istimewa disisiNYA..
"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan
janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat
Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan
telah
dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan
segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab
nikmatNya. (Ali-Imran:103)
Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan
segala yang telah dikerjakannya dan yang telah
ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi
saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun dia
berperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "
No comments:
Post a Comment