KLIK UNTUK DUIT

Followers

Friday, July 29, 2011

Giveaway : one klik one present by lyssasecret


assalamualaikum


sape sape yang laen nk join gak meh lah ..klik sini .

tarikh tutup :: 30 JULAI 2011 

saya tag 





p/s : sila beri sokongan yea..huhu
»»  READMORE...

Wednesday, July 27, 2011

playboy/playgirl

assalamualaikum,


 manusia ini hidup perlu berpasangan
seperti adam dan hawa
diciptakan untuk hidup bersama dan saling perlu memerlukan  
mencintai manusia itu satu keprluan dan juga kemahuan
mencintai seseorang itu biarlah ikhlas
jangan mempermainkan perasan orang lain
dan mebuat insan itu kecewa
cinta itu anugerah dan suci.

zorRo








 














»»  READMORE...

Tuesday, July 26, 2011

hari s-sheQ dan belia

assalamualaikum,
kelmarin dan hari ni berlansungnya majlis hari s-sheQ dan belia. korang tau ke s-sheQ tu ape? mesti korang tertanya-tanya hari apa itu..s-sheQ day tu hari pelaut. ni julung julung kali kolej aku sambut. sambutannya meriah. ni kerna rela terpaksa. huhuhu.pelajar yang datang ramai-ramai semata-mata demi kupon kehadiran je.kalu tak gerenti xgempak pun..huhuhu. btw aku pun pergi rela terpaksa jugak. huhuhuhu..

zorRo
»»  READMORE...

Monday, July 25, 2011

PUISI RINDU BUAT TEMAN ( PRINCESS CANDLE )

PRINCESS CANDLE,
sebelum diriku terjerat di penjara cinta
sebelum hatiku dibaluti kesayuan rindu
sebelum sepi berlabuh di dasar kalbu
sebelum irama syahdu menemani diri mengisi waktu
 menanti kepastian sejuta persoalan dan sejuta jawapan
Kau hadir membelai luka yang telah parah
Bingkisan kata menari dihujung jemari mulus
Seakan mengerti bisikan hati.

PRINCESS CANDLE,
hari silih berganti
setiap saat ia berdetik
Kemesraan tersimpul rapi dilayari rindu asmara
malam berganti siang
Agar ikatan keikhlasan mengupas persahabatan.

PRINCESS CANDLE,
Bunga yang dimiliki orang
Ditaburi warna kekusaman
Begitulah jua..
Suramnya wajah kelakianku
Walau berseri disebalik topeng kedukaan
jiwa meruntun merayu ketenangan
Bertemu disudut kehidupan
Lipatan rahsia kau kailkan
Lalu berlegar tanpa sebarang jawapan pasti
Murni jiwamu menyentuh perasaan
Keikhlasanmu  merawat kesedihan
Ingin menyemai nostalgia silam
Agar ikatan membuihkan kemesraan.

PRINCESS CANDLE,
Tanpa kusedar dan tanpa kuduga
Dirimu menanam pohonan cinta
Sedang diriku sudah berpunya
Walau diri diselimuti sengsara
Kini..
Susunan bicara berbaur cinta
Mengungkap istilah sebenarnya
Antara setia dan airmata.

PRINCESS CANDLE,
Sepi, resah dan duka
Itulah rencah kekosongan hidupku
Tatkala bicaramu sirna di mataku
Senyum dan tawa
Menguntum tanda gembira
Tatkala rancak berbicara
Justeru diriku..
Menyingkap tirai bicara.

PRINCESS CANDLE,
Andainya puisi ini kau fahami
Andainya jeritan hatiku kau selami
Andainya impianku bisa kau penuhi
Kau tidak berlari mengejar mimpi
Menghitung hari menanti realiti.

zorRo


»»  READMORE...

khas buat nur amimi kekasih hati ku

nur amimi,
aku tidak pandai bercakap romantik di hadapan mu,
lidahku menjadi kaku,
tak teluah baris-baris cinta di dalam hatiku,
walau hati ini meronta-ronta ingin meluahkannya
ingin kau mengetahuinya
cintaku padamu bukannya mainan
tetapi sesuatu yang tulus
tak ternilai dengan harga!

kukarangi sebuah puisi untukmu
coretan  ini
sebagai pengganti bicaraku
yang tak terluahkan selama ini

nur amimi
kau begitu penting dalam hidupku
aku memerlukanmu lebih dari yang kau sangkakan
aku merinduimu lebih dari pungguk rindukan bulan
aku mendambakanmu lebih dari
sang puteri mendambakan putera rajanya
dan aku mencintaimu
lebih dari kau menyintai diriku…

nur amimi
kalungi puisi ini dalam tangkai hatimu
agar setiap saat dapat kau merasakan
getaran cintaku yang semakin kuat
moga kau mengerti
hidup ini tak selalunya indah
tapi keindahan dapat kurasakan
setiap kali memandang wajahmu
membiaskan cinta
yang tulus dan suci……..

Sesungguhnya, kasihku…
aku ingin tua bersamamu….
jauh dimata dekat di hati
senyap tak bererti ku hilang dari pandangan mu
diam tak bererti ku melupakan mu
jauh tidak bererti kita putus
kerana antara kita mempunyai ikatan
yang tak akan putus
iaitu ikatan cinta sejati
i love u so much
hilangmu tiada penganti


zorRo
»»  READMORE...

Sunday, July 24, 2011

tikam jangan tak tikam..kita tengok sape yang kena

kalau anda dilahirkan pada 1Hb, 10Hb, 19Hb, 28Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1

Kalau anda dilahirkan pada 2Hb, 11Hb, 20Hb, 29Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2

Kalau anda dilahirkan pada 3Hb, 12Hb, 21Hb, 30Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3

Kalau anda dilahirkan pada 4Hb, 13Hb, 22Hb, 31Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no..4

Kalau anda dilahirkan pada 5Hb, 14Hb, 23Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5

Kalau anda dilahirkan pada 6Hb, 15Hb, 24Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6

Kalau anda dilahirkan pada 7Hb, 16Hb, 25Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7

Kalau anda dilahirkan pada 8Hb, 17Hb, 26Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8

Kalau anda dilahirkan pada 9Hb, 18Hb, 27Hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no..9


no.1

Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda.
Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

no.2

Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em...bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.

no.3

Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9, 7.

no.4

Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni.
Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

no.5

Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan.
Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang humor di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan.
Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.

no.6

Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9.

no.7
----
Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no.3.

no.8
----
Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani.. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

no.9
----
Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental.
Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka.
Anda sesuai menceburi bidan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain.
Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6


p/s : mana satu kah no yg anda punyer mari kite tgk sape yg kena ..
zorRo

»»  READMORE...

Saturday, July 23, 2011

Giveaway from Adyshariz

assalamualaikum




Lagi GA!
Kali ni Giveaway from Adyshariz pulak!
Jom lah join sekali.
Tarikh tutup 30 julai 2011.

zorRo
»»  READMORE...

Cinta sejati

Cinta sejati
Hujan kau membawa butiran air berirama
Mengingatkan aku pada seseorang
Yang saat ini telah mengisi ruang hati & jiwaku
Tak pernah bisa ku-tepis bayangannya
Yang selalu memberi kesan terindah dalam hidupku
Yang bisa membangkitkan kembali semangat hidupku
Sungguh kau amat berarti dalam hidupku
Kau mengukir kenangan terindah dalam hidupku
Mungkin kita tak akan pernah tahu….
Akan takdir yang telah ditetapkan untuk kita
Namun Aku akan berusaha berikan yang terbaik untukmu
Mungkin disetiap kebersamaan kita….
Ada rasa bosan yang menyelimuti hatimu
Tapi aku akan bersabar menunggu kamu
Aku akan selalu berusaha dan berdoa kepada-Nya
Agar kebersamaan kita dijadikan satu dalam ikatan suci
Cinta sejati,,,,,,

zorRo
»»  READMORE...

alhamdulillah

assalamualaikum
korang masih ingat tak?aku pernah join satu contest blog cik mira edora. tak disangka aku akan menang. alhamdulillah. tak terucap. terkejut pun ada jgak. btw syukur banyak-banyak.ni dinamakan rezeki katanya.
korang boleh semak kat sini keputusan contest tu..klik sini...dan ini plak contest yang aku menang. klik sini.terima kasih.

zorRo
»»  READMORE...

Thursday, July 21, 2011

Bercinta dengan kekasih part time-part 2

“wani, please. Janganlah macam ini .”
Atiras Emyra gelisah.
Aku risaulah.
Zalwani menoleh. Dia kembali teringatkan ideanya untuk mencari part time lover. Yess bgus jugak idea tu. Tapi sape?? Yang ada semua tidak boleh pakai. Dia orang tu nak full time aje. Arghh ni yang tension ni.
“aku tak tahulah nak cekup siapa.”
“macam mana dengan Faizal.?”
Atiras Emyra seakan memberitahu cadangannya.
Zalwani mencari pula wajah kacak zaid, anak seorang usahawan. Dengan tali lehernya, dengan kotnya, dengan handsetnya, dengan Mercedes metaliknya. Hiii. Belagak.
“khairul anam , shamsul, Azhar, Fathir, Tengku, Dato’ Farid…..”. opsss.
“Dah la tu….semuanya tak boleh pakai. Aku nak cari stok baru punya.”
Zalwani tersenyum. Kelakar pula rasanya. Inilah idea paling gila pernah dia fikir dalam situasi begini. Tapi apakan daya tersepit antara dua dunia yang berbeza. Atiras Emyra terut tersenyum. Tahu apa yang tersirat dalam hati sahabat baiknya itu.
»»  READMORE...

Monday, July 18, 2011

TipS MenJadi SeoraNg Yg RomAntiK!!


1. Jangan segan silu meluahkan rasa sayang kamu pada si dia. Tapi biarlah ianya datang dari hati yang ikhlas. Jangan hipokrit tau!

2. Jika si dia merajuk, tak salah kalu kamu memujuknya. Hati cepat sejuk bila mendengar pujukan kamu.

3. Renungi mata si dia bila kamu berhadapan dengannya. Pastikan si dia menyedari cahaya cinta melalui mata kamu.

4. Bercakap secara lembut dengan nada suara yang rendah dan teratur. Elakkan dari meninggikan suara atau ketawa dengan kuat. Biarlah menjadi 'soft-spoken'.

5. Sentiasa memimpin tangan si dia ketika berjalan seiringan. Biarlah si dia rasa selamat berada di sisi kamu.

6. Sesekali apa kata kalau kamu membelikan si dia hadiah istimewa buat si dia. Biarpun murah, janji pemberian itu ikhlas.

7. Sering mengambil berat akan si dia tapi janganlah sampai mengongkong. Nanti si dia akan boring dengan sikap kamu itu.

8. Selalu berpakaian sedondon ketika keluar bersama. Contohnya, jika si dia pakai baju merah, kamu pun turut memakai pakaian berwarna merah.

9 Kunjungi tempat-tempat yang boleh menimbulkan mood yang romantik. Contohnya di tepi pantai atau kawasan peranginan.

10. Lemparkan senyuman yang paling manis buatnya ketika berjumpa. Pastikan senyuman itu mampu mencairkan hatinya.



p/s : sharing is caring

zorRo
»»  READMORE...

letihya..

assalamualaikum,
kenape la aku rasa letih + pening kepala semacam je ari ini. ni petanda demam nak datang ke..argghhh.. p jauh-jauh. tak suka demam. ape kerja pun tak boleh nak buat. duk dalam kelas tadi fikiran pun duk melayang kot lain. dalam kepala nie penuh ngan masalah.

 zorRo
»»  READMORE...

ayat-ayat mengurat

assalamualaikum,
Di zaman datuk atau ayahanda kita dahulu, cara mengurat dan ayat-ayat mengurat yang digunakan mereka berbeza dengan teknik dan taktik yang digunapakai generasi sekarang. Mungkin orang-orang lama lebih romantis, mereka menggunakan pembayang, merujuk kepada bintang, bulan dan matahari.

“Bibirmu merah bak delima merekah, hidungmu mancung bak seludang...” dan andai ayat yang sama digunakan oleh lelaki zaman ini, wanita akan terpegun terperanjat kerana anda terlalu jiwang dan mungkin mereka tidak faham akan perkataan delima dan seludang. “Kau cantik bak bulan purnama,” sudah tidak boleh main di zaman ini.

Perbezaan budaya juga menjadikan ayat-ayat mengurat orang di Barat tidak boleh diaplikasikan oleh orang-orang Timur. Orang Timur harus lebih bersopan apabila mendekati wanita dan tidak menggunakan ayat-ayat berunsur seks. Contohnya, ayat seperti, “Want to see my hard drive? I promise it isn’t 3.5inches and it ain’t floppy” akan mengundang pelempang yang mungkin mencacatkan muka.

Jadi, ayat mengurat bagaimana yang disenangi wanita millennium baru? Adakah mereka gemarkan yang berlapik, yang romantis atau yang berterus terang? Oleh kerana manusia sifatnya berjenis-jenis, tidak ada satu cara yang berkesan untuk semua.

Jadi kali ini, GUA ingin mencadangkan ayat-ayat mengurat yang mungkin efektif kepada wanita zaman ini yang bukan sahaja lebih berpengetahuan dan lebih komplikated malahan lebih berani berbanding generasi yang terdahulu.

Ayat Mengurat Berlapik

Lelaki yang menggunakan ayat berlapik ini terdiri daripada golongan pemalu, penakut dan lelaki yang tidak sanggup menahan penolakan. Lapikan ayat-ayat ini bertindak sebagai pintu kecemasan jika terjadinya sesuatu di luar jangkaan seperti “Saya bukannya tuju kan ayat itu pada dia” atau “Saya bercakap secara am saja”.

Contoh pertama ialah “Saya suka wanita ayu, lembut dan berbudi pekerti tinggi”. Jika lelaki menggunakan ayat ini di depan wanita yang digemarinya, dia berpeluang untuk mengukur tahap minat wanita itu terhadapnya. Jika dia merasakan ada ruang dan peluang, mungkin ayat itu boleh disambung “…macam you”.

“Saya sedang mencari calon buah hati dan jika berminat bolehlah mohon”. Call to action atau panggilan untuk bertindak itu terletak kepada wanita yang menerima ayat itu. Jika tiada apa yang berlaku, tiada siapa yang malu dan jika hadirnya percikan asmara, wanita itu tidak bertepuk sebelah tangan.

“Saya tak pandai mengurat, taklah sehensem mana, siapalah yang sudi”. Walaupun ayat ini kedengaran pathetic, menjatuhkan diri sendiri, kekuatan sifat simpati jangan diperkotakkatikkan. Ada wanita yang akan terdorong untuk terpikat dengan ayat jenis ini.


Ayat Mengurat Romantis

Bukan mudah untuk memilih ayat romantis apatah lagi menggunakannya untuk memikat wanita di zaman ini. Ianya tidak boleh kedengaran terlalu jiwang, tidak ikhlas atau dipenuhi dengan pujian yang keterlaluan. Mencari keseimbangan di antara tahap jiwang dan keikhlasan itu penting.

“I baru faham erti cantik apabila melihat wajah you”, ayat ini walaupun kedengaran ringkas tetapi efektif kerana kecantikan ialah kebanggaan seseorang wanita. Dan untuk digelar seorang yang cantik, wanita mudah cair.

“Bertemu dirimu umpama mimpi indah yang mengasyikkan”. Bukan mudah untuk sang pria melafazkan ayat ini tatkala mengurat. Mungkin boleh digunakan di dalam emel atau chat, untuk mendapatkan kesan yang maksima.

“Seribu mawar tidak dapat menenggelamkan kecantikan sekuntum mawar idaman hatiku”. Kreativiti diperlukan apabila menggunakan objek dalam membantu membuat suasana menjadi lebih romantis.

Dan di zaman ini, GUA yakin tidak ramai lelaki yang berani untuk menjadi romantik ketika mengurat.




Ayat Mengurat Terus Terang

“Agak-agaknya bila kita boleh couple”. Ayat ini dipopularkan oleh Nabil, Si Raja Lawak dan GUA yakin ianya boleh membuatkan lelaki itu diingati oleh wanita yang ingin dipikatnya. Paling kurang pun boleh menyebabkan wanita itu tersenyum.

“Saya tengok awak ni sesuai sangat untuk jadi teman saya. Saya berbesar hati kalau awak setuju”. Tidak ramai lelaki yang berani untuk menggunakan pendekatan ini atau boleh digelar taktik kamikaze. Tetapi, kelebihan menggunakan taktik terus terang ini ialah mengurangkan masa anda syok sendiri kerana jawapan yang anda akan dapat terus menunjukkan tahap minat wanita yang ingin dipikat atau sebaliknya.

“I tahu I bukan lelaki idaman you, tetapi you wanita idaman hati I”. Ayat ini kedengaran kelakar tetapi percayalah ianya akan tersangkut di hati wanita. Lebih direct, lebih power.

Risiko menggunakan ayat jenis terus terang ini ialah anda mempunyai peluang untuk ditolak secara direct juga. Jika anda jenis lelaki muka tebal, punya tahap sense of humor atau lawak yang tinggi dan jenis tak ambil pot, silakan.
»»  READMORE...

Sunday, July 17, 2011

Tips Mengatasi Putus Cinta

assalamualaikum,
1. Kembali kepada-Nya – Banyakkan beribadah termasuk melakukan amalan sunat. Luangkanlah lebih masa dengan-Nya.

2. Sentiasa ingat jodoh itu ketentuan Allah - anggap semua yang berlaku adalah ujian daripada Allah dan ada hikmah disebaliknya. Sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian jika hamba-Nya tidak mampu untuk menanggungnya. Bersabarlah.

3. Meminta nasihat ibu bapa atau orang terdekat – Ibu bapa adalah yang terbaik dalam memberikan nasihat kerana sudah merasa asam garam kehidupan dan tahu apa yang terbaik untuk kita. Jika berasa malu atau takut untuk meminta nasihat daripada ibu bapa, sekurang-kurangnya berkongsilah masalah anda dengan orang yang terdekat dan rapat seperti kawan baik. Jangan pendamkan di dalam hati, nanti semakin merana diri.

4. Buang semua tentang si dia – Jika anda tidak sanggup membuang kenangan anda berdua, letaklah jauh dari sudut penglihatan anda supaya anda tidak berasa sedih dan ingin kembali dengannya. Buang nombor si dia dan segala mesej yang terdapat dalam telefon bimbit anda.

5. Sibukkan diri – Lakukan apa sahaja kerja yang baik dalam kehidupan seharian anda supaya anda tidak terlalu memikirkannya. Sekiranya ada aktiviti, libatkan diri. Dengan itu boleh mengurangkan kesedihan yang melanda.

6. Muhasabah diri – Jangan ikutkan perasaan, terimalah hakikat bahawa dirinya bukan untuk anda. Ada yang lebih baik.

7. Berkawan dengan ramai orang – Janganlah kerana putus cinta anda tidak mahu bergaul. Namun, kawal pergaulan anda sebagai seorang muslimah. Menambah kenalan adalah baik dalam mengukuhkan ukhwah. Di samping itu anda akan berasa kesedihan putus cinta itu akan hilang sedikit demi sedikit.

Dengan perkongsian ini, diharapkan serba sedikit dapat membantu muslimah sekalian yang mungkin menghadapi masalah putus cinta. Sekali lagi diingatkan, bercinta tanpa ikatan yang sah adalah HARAM. Kesannya adalah seperti ini, PUTUS CINTA. Akhirnya diri sendiri yang merana. Ayuh muslimah! Bangkitlah dengan kekuatan dirimu. Cinta manusia bukanlah segalanya, tetapi cinta kepada Allah cinta yang hakiki. Sampai suatu ketika, dengan adanya cinta terhadap-Nya, semoga Dia akan menjodohkanmu dengan lelaki yang mencintaimu untuk mendapat keredhaan-Nya.

“A girl and a guy can be just friends, but at one point or another they will fall for each other. Maybe temporarily, maybe at the wrong time, maybe too late, or maybe forever.”

Sulamkanlah cinta itu dengan ikatan yang SAH. Wallahua'lam.

p/s : sharing is caring.

zorRo

»»  READMORE...

Saturday, July 16, 2011

apa pendapat korang??

assalamualikum,
saya nak tanya pendapat korang nie? jawab ngan jujur yea? ada la sorang kawan saya nie.asyik nasihat orang la. bukan xelok beri nasihat. tu perkara baik. tapi dia sendiri hampeh. bukan nak kata dia ni xbaik ke ape ke. dia nie asyik duk cakap and beri ceramah yang bercinta lepas kahwin lebih baik dari sebelum kahwin. tapi last2 dia yang duk couple.terlebih pulak tu. siap buat relationship ag dalam muka buku. puan tu pun dia kenal lam muka buku. apa nak dikata la..

zorRo
»»  READMORE...

Wednesday, July 13, 2011

tanda-tanda jatuh cinta

assalamualaikum,

Jika anda ingin tahu sama ada anda telah jatuh cinta dengan seseorang, anda boleh mengetahui melalui perkara berikut:

1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.

2. Anda akan sentiasa merindui dia.

3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.

4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.

5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.


6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.

7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.

8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.

9. Dia sentiasa di fikiran anda.

10. Anda akan sentiasa terhidu baunya.

11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.

12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.

13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.


"ya Allah...peliharalah cinta ku ini agar tidak melebihi cintaku pada MU"

zorRo

»»  READMORE...

Tuesday, July 12, 2011

terasa asing

assalamualaikum,
aku benar-benar terasa asing bila masuk ke kelas repeat. satu orang pun tak kenal. senyum-senyum tersipu malu je la. nak tegur malu.bukan apa. bayangkan la kalau selama ini kita belajar tiada orang puan. dup-dup campur ngan puan. apa yang korang rasa?? tak pernah wei...but the way aku akan cuba sesuaikan diri ngan keadaan itu.tak lama pun.just 3 month je..huhuhuhu

zorRo
»»  READMORE...

Monday, July 11, 2011

dugaan oh dugaan

assalamualaikum,
kenape la aku rasa makin lama belajar semakin rasa malas nak pergi kelas,tambah-tambah aku kalu kena repeat paper yang aku failed satu hari tu..ishhhh...dah la masa aku berlalu sia-sia dan duit aku juga melayang.harap-harap aku berjaya harungi dugaan ini.cayoikkkk..


zorRo
»»  READMORE...

Friday, July 08, 2011

tentang cinta



Cinta adalah ketika kau membuang perasaan, nafsu, dan romantika dalam persahabatan. Dan menemukan bahwa kau masih peduli pada orang itu. Memberi seseorang seluruh cintamu bukanlah suatu jaminan bahawa seseorang tersebut akan mencintaimu kembali! Jangan mengharapkan cinta kembali! Hanya tunggulah, cinta itu akan tumbuh dalam hatinya, tapi jika hal itu tidak terjadi, tampunglah cinta itu akan tumbuh dalam dirimu.
Hanya mermelukan 1 minit untuk menyukai seseorang, hanya memerlukan 1 jam untuk menyukai seseorang dan 1 hari untuk mencintai seseorang tapi memerlukan waktu seumur hidup untuk melupakan seseorang. Pergilah untuk seseorang yang mampu membuatmu tersenyum kerana hanya  senyuman dapat membuat hari yang gelap menjadi terang.
Ada masanya dalam hidup ketika kamu merasa sangat merindukan seseorang dan kamu berharap dapat mengambil dia dari mimpimu dan memeluknya dalam kehidupan nyata! Bermimpilah apa yang kamu ingin mimpikan, pergilah kemana kamu ingin pergi, jadilah apa yang kamu ingini kerana kamu hanya mempunyai satu kehidupan dan satu kesempatan untuk melakukan semua hal yang kamu ingin lakukan. 
so lakukan ia selagi termampu.

»»  READMORE...

Thursday, July 07, 2011

Sesuatu yang perlu diketahui


01. Awal dari cinta adalah membiarkan orang yang kita cintai menjadi dirinya sendiri, dan tidak merubahnya menjadi gambaran yang kita inginkan. Jika tidak, kita hanya mencintai pantulan diri sendiri yang kita temukan di dalam dia.
02. Orang-orang yang paling berbahagiapun tidak selalu memiliki hal-hal terbaik, mereka hanya berusaha menjadikan yang terbaik dari setiap hal yang hadir dalam hidupnya
03. Kebahagiaan tersedia bagi mereka yang menangis, mereka yang disakiti hatinya, mereka yang mencari dan mereka yang mencoba. Karena hanya mereka itulah yang menghargai pentingnya orang-orang yang pernah hadir dalam hidup mereka.
04. Hal yang menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat berarti bagimu dan mendapati pada akhirnya bahwa tidak demikian adanya dan kamu harus melepaskannya.
05. Cinta datang kepada mereka yang masih berharap sekalipun pernah dikecewakan, kepada mereka yang masih percaya sekalipun pernah dikhianati, kepada mereka yang masih mencintai sekalipun pernah disakiti hatinya.
06. Memberikan seluruh cintamu kepada seseorang bukanlah jaminan dia akan membalas cintamu. Jangan mengharapkan balasan cinta, tunggulah sampai cinta berkembang di hatinya, tetapi jika tidak, berbahagialah karena cinta tumbuh di hatimu.
07. Waktu kamu lahir, kamu menangis dan orang-orang di sekelilingmu tersenyum. Jalanilah hidupmu sehingga pada waktu kamu meninggal, kamu tersenyum dan orang-orang di sekelilingmu menangis.

»»  READMORE...

Wednesday, July 06, 2011

very very happy

malam nie aku sungguh happy coz orang yang ku sayang menelefon ku.tapi apakan daya bateri telefon ku habisi..apa-apa pun aku bersyukur kerana si dia masih mengingati diriku.aku masih menyayangi dirinya..hari-hari yang dilalui bersamanya selamanya ini.aku masih menyayanginya seperti dahulu. cinta sejati hanya wujud sekali sahaja seumur hidup.walaupun apa yang berlaku antara kami berdua.sebelum ini adalah kesilapanku.aku betul-betul menyesal dengan tindakan ku dulu terhadap dirinya.i love u more than myself....
»»  READMORE...