~gambar hiasan~
Zalwani melangkah longlai menuju ke bus stop. Malas je rasa nak pergi kerja. Dia lebih senang bersendirian di waktu begini. Mahu jadi boil memikirkan masalah yang semakin berat. Atiras Emyra disebelah hanya mendiamkan diri. Membiarkan zalwani menenangkan fikiran dan hatinya itu.
“jom tengok”
Atiras emyra menarik lembut tangan zalwani. Zalwani tidak membantah. Dia menurut sahaja langkah sahabat baiknya atiras emyra itu. dia hampir terjatuh apabila kasut tumit tingginya tersangkut pada tali beg yang terbiar atas jalan raya. Dia melihat kebawah. Membongkok sedikit mencapai beg hitam itu.
Pemuda itu kelihatan menahan sakit. Mahu tidaknya,tergolek tadi. Macam filem Hindustan je. Kereta yang melanggarnya sudah pun jauh melarikan diri. Tidak rasa bersalah sedikitpun. Seorang lelaki separuh umur menanggalkan topi keledar pemuda itu. mak oiii handsomenye. Ni yang terasa kesian ni.
Zalwani melihat saja permuda separuh sedar itu diangkat masuk kesebuah kereta. Ingin saja dia turut masuk, menemani pemuda itu. kesiannya…
“Hospital besar yea.”
Lelaki itu memberi arahan. Zalwani terasa sayu. Ishh, apalah pulak ni. Dia menghantar kereta perdana putih itu pergi hingga hilang dari pandangan. Pandanganya teralih pula kepada pada 135Lc merah yang baru sahaja diangkat dan disandarkan di tiang telefon. Macam nak bawa balik je motor itu. nak tolong simpankan. Buat koleksi..Hinshh..
“kesian kan.”
Atiras emyra sekadar mengangguk. Dia menarik zalwani ke bus stop semula. Mendapatkan tempat duduk yang kosong.
Ingatannya masih pada permuda tadi. Ingin pulak dia melawat permuda itu nanti. Tapi siapalah dia. Dia tidak mahu dianggap timba mencari perigi..cehhh berfalsafah pulak. Lagipun dia malu. Dahla tak kenal..nanti dianggap hidung tak mancung tapi pipi tersorong-sorong.. ahh lupakan saja..