KLIK UNTUK DUIT

Followers

Thursday, March 31, 2011

Hukum tidur selepas subuh dan asar...


Hukum Tidur Selepas Waktu Subuh :

Sabda Nabi:
Maksudnya:berpagi-pagilah(subuh)dalam mencari rezeki,sesungguhnya berpagi-pagi itu adalah keberkatan dan kejayaan.(riwayat oleh at-Tabarani dalam al-Awsath)

Abdullah Ibnu Abbas (Ibnu Abbas) telah melihat anaknya tidur diwaktu Subuh. Maka dikatakan kepada anaknya:
"Bangun! Apakah kamu tidur diwaktu rezeki dibahagi-bahagikan?


Di dalam riwayat lain pula,sebagaimana yang diriwayatkan oleh ashab as-Sunan yg empat dan Ibn Hibban dalam Sohihnya, Nabi melewati anaknya Fatimah radiallah anha yang sedang berbaring pada waktu Subuh, maka Baginda bersabda:

Wahai anakku, bangunlah dan hadaplah rezeki Tuhanmu, dan janganlah engkau jadi dari kalangan org yang lalai, sesungguhnya Allah membahagikan rezeki manusia di antara terbit fajar hingga terbit matahari.' (Diriwayatkan al-Baihaqi)


maka dengan sebab ini para fuqaha menetapkan hukum makruh tidur selepas subuh.

'Dimakruhkan tidurmu -wahai mukallaf- selepas solat Subuh, kerana waktu itu adalah waktu mencari rezeki dan berusaha (syara' dan 'uruf) di sisi org yg beraqal.'(dinukilkan oleh Imam as-Safarini)

Hukum Tidur Selepas Waktu Asar :

Dalam kitab Miskatul Masabih ada disebutkan:
Tidur sedikit di waktu tengahari tidaklah dikeji. Rasulullah saw ada juga melakukannya. Ini dapat mengimbangi kekuatan tubuh badan setelah bertahajud di malam hari.
Ibn Qaiyim menambah:

"Tidur di siang hari amat dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakkan (muka kelihatan sembab dan tidak bercahaya) malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulkan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf dan melemahkan syahwat. Sekeji-keji tidur ialah ketika awal hari (matahari terbit) dan terlebih keji lagi ialah tidur di akhir siang hari (selepas Asar)."

Setengah ulama mengatakan:
"Sesiapa yang tidur selepas Asar sehingga terganggu kewarasannya maka janganlah ia mencaci selain daripada dirinya sendiri.
»»  READMORE...

Wednesday, March 30, 2011

terskip kelas akaun

hari ini aku terlepas kelas akaun..ni gara-gara bangun lewat la ni..dah la minggu depan midterm.aku bab mengira ni lembab sikit.dah la aku xminat sangat math...dulu pun buat-buat minat..tapi math amat penting lam tugas seharian..so aku kenalah buat-buat minat..bkn buat-buat,tapi kena minat tul-tul..aku akan cuba sedaya yang mampu tuk dapat result akaun yang mantap  minggu depan.
»»  READMORE...

Tuesday, March 29, 2011

persahabatan

persahabatan lebih sukar dari ADD MATH,
lebih rumit dari FIZIK,
lebih susah dari BIOLOGY,
lebih payah dari AKAUN,
tapi persahabatan tidak sebosan SEJARAH,
jadi kita pastikan mesti ada CHEMISTRY antara kita,
barulah persahabatan dapat difahami kerana persahabatan itu seindah PENDIDIKAN ISLAM...
»»  READMORE...

Monday, March 28, 2011

pengalaman balik kampung

as salam..dah dua tiga hari aku xtulis ape-ape pun kat blog aku.tu sbab aku balik kg..xsempat nk tulis ape-ape..ni aku nk kongsi pengalaman aku blik kg ni..pernah x kau orang blik kg sorang-sorang ngan mtor.yang pernah tu pernah la.tp ni melibatkan jarak yang jauh..mcm xpercaya je aku blik kg ngan duit lam kocek ada rm15 je..kalu berlaku ape-ape lam perjalanan memang mampus r aku..dah la blik sorang-sorang..ape-ape pun aku bersyukur sampai ngan selamat kat kg..
»»  READMORE...

Wednesday, March 23, 2011

PUISI BUAT ZALWANI


zalwani
Aku gembira mengenalimu,
Aku selesa mendampingimu,
Aku ikhlas mencintaimu,

zalwani
Terima kasih kerana
Memberi peluang untuk aku mencintaimu
Terima kasih kerana
Sering meluangkan masa disisiku,
Terima kasih kerana
Sentiasa membahagiakan aku,
Terima kasih kerana
Memberi kesempatan untuk ku mencintai dirimu.

zalwani
Aku ingin kau tahu
Hanya kau yang kucinta,
Tiada yang lain hingga hembusan nafasku yang terakhir
I WILL LOVE YOU FOREVER!!!
»»  READMORE...

Monday, March 21, 2011

Tsunami JEPUN Di sebalik ALQURAN

1. Tarikh yg berlaku adalah pada 11/3/2011 bersamaan 6 RabiulAkhir 1432 Hijah or 6/4/1432.
2. so dengan tahun 1432 di pecahkan 14 || 32.
3. Jawapanya Jujuz ke 14 Quran.
4. Dan bulan 4.

Rahsia angka tahun ini : Jujuz 14 Ayat Quran ke 4.
Rujuk di Quran.

1. Jujuz 14 bermula pada surah Al-Hijr, dan ayat ke 4 dari surah AL Hijir menyatakan

"Dan kami tidak membinasakan suatu negeri, melainkan sudah ada ketentuan yang tetap baginya".

2. Rahsia seterusnya yang menunjukan Malapetaka ini akan berlaku di Jepun ialah dengan kedudukan Jepun dan Wilayah Seedai pada kedudukan geografi bg ( Jepun : Latitiude 36, Longtitude 138)

so dlm 1432, 14 dh di ketahui Jujuz Al Quran. maka yang di pecahkan 14 || 32 so di pecahkan lagi 3|2 ,so now secret no adalah 3.

di ambil pula lokasi latititude dan longitude.
3+6+1+3+8 = 21
so next 2+1 = 3
proved *. yg di maksudkan dengan no 3 adalah negara jepun.

Dan di dalam jepun jugak terdapat banyak wilayah.. maka wilayah yang akan di turunkan malapetaka itu ? Wilayah Seedai pada kedudukan geografi Latitiude 38'15 dan Longtitude 140'53

makan 3+8+1+5+1+4+0+5+3 = 30
so next 3+0 = 3.
*proved wilayah yang tuhan maksudkan dgn angka 3 adalah Wilayah Seedai di Jepun.

3. Rahsia seterusnya dengan tarikh 6
msa yang di laporkan oleh Jabatan Metrologi Rusia.. gempa bumi berlaku pada masa 1446 waktu Jepun..

so 1+4+4+6 =15
so next 1+5 = 6
*proved 6 membawa maksud masa yang akan berlaku.

4. Dah yang seterusnya 1432 apabila di pecahkan 14||32, kini di ambil pula angka 14 dan di pecahkan 1||4 , maka angka satu boleh di kelaskan sebagai permulaan hari. maksudnya di dalam Islam Jumaat adalah hari pertama dalam minggu itu. so angka satu memberi maksud malapetaka itu akan berlaku pada hari Jumaat.

5. Lihat.. betapa benarnya ayat al quran. segala yang di nyatakan tetap berlaku. walaupun suduh berabad kitab Quran di turunkan.

6. Walaupun zaman berubah sejauh mana sekalipun.. Al-Quran tetap bagi sepanjang zaman.

7. Di percayai banyak lagi rahsia yang masih tidak dapat di ketahui di dalam tarikh ini. namun sekadar ini pun telah membuatkan kita lihat dengan mata kita sendiri betapa mulia Al-Quran. dan segala yang di ungkapkan di dalamnya

8. WauAllahhu Allam.

Di persilakan untuk share. bg mengingati kite kembali tentang segala perkara yang terkandung di dalam Al-Quran adalah benar buat selamanya. mahupun di dunia atau pun akhirat.
»»  READMORE...

Saturday, March 19, 2011

sweet befday

hari ini hari yag terindah dalam hidupku..kawan-kawan wish hepy befday..bersyukur sgat2,kerna masih diberi kesempatan untuk melihat dunia ini..to all yg wish befday aku tu..thnks u..i love u all..muah...
»»  READMORE...

Thursday, March 17, 2011

thanks

terima kasih kerana sudi follow blog saya.tak ada yang saya ingin ucapkan melainkan yang itu..kalu yang belum follow tu berbuat-buatla demikian.you follow then i will follow you back..that all for today..cakap banyak kang bising plak..ada la ckp saya ini mulut murai..tq..sekian..
»»  READMORE...

Tuesday, March 15, 2011

Study Hard And Smart Cara Kita

Study hard itu kalau boleh kita ibaratkan adalah sebagai belajar betul-betul manakala study smart pula boleh diibaratkan sebagai belajar dengan cara yang betul. Kalau kita kembangkan lagi study hard tu boleh juga dipanggil sebagai belajar secara effective dan study smart tu boleh pula dipanggil belajar secara efficient. Mungkin anda masih kurang jelas dengan apa yang ingin saya sampaikan. Kalau kita nak belajar dengan cara yang betul maknanya kita perlukan ilmu dan kalau nak belajar betul-betul kita perlulah mengamalkan ilmu yang kita telah pelajari. Baiklah lihat rajah dibawah
 ssmart.gif
Apa kesimpulan yang anda boleh buat, betul anda perlu menggunakan kedua-dua teknik ini secara seimbang, jika anda hanya belajar betul-betul nanti hasilnya tidak sesempurna mana kerana matlamatnya mesti buat aje. Tapi kalau anda belajar dengan cara yang betul anda bukan saja dapat menyiapkan tugas anda sebagai pelajar tetapi hasil dari usaha anda itu adalah keputusan yang baik. Kalau kita anda ilmu yang betul tetapi semasa beramal tidak menggunakannya, apa akan terjadi, sia-sialah amalan kita. Tapi macam mana pulak kalau kita beramal tanpa ilmu yang betul, lagi harulah jadinya. Jadi jangan lupa carilah ilmu tentang teknik belajar yang betul ini.
»»  READMORE...

Wednesday, March 09, 2011

luahan hati ini

kekadang hati ini terlalu sukar untuk mengukapkan kata rindu..tambahan lagi jika sudah berpisah..lagipun bukan aku yang meminta untuk berpisah..aku tidak dapat menahan diriku daripada merindui dirinya..aku tidak tahu macam mana lagi untuk aku mendapatkannya semula hatinya..aku sudah buntu..hanya disini sahaja cara yang aku dapat untuk meluahkan apa yang terbuku dihatiku.kalau nak diharapkan facebook..ermm aljahanam la , lagipun dia sudah block aku..tapi tak pe la..asal dia bahagia..dia sudah banyak berubah..sekarang aku mengenalinya sebagai orang lain.dia sudah banyak berubah..tetapi aku masih menyayangi dirinya..aku tidak mampu untuk menyembunyikan perasaan ini..kekadang aku mahu melupakannya..aku sangat menyayangi dan mencintai dirinya..sampai bila-bilapun tiada yang dapat menggantikan dirinya dalam hatiku..aku akan mencintainya sehingga akhir hayatku...
»»  READMORE...

Thursday, March 03, 2011

pelanduk dua serupa


hari ini boleh dikatakan semua berjalan dengan lancar..aku paling suka ari ini kerana aku dapat melihat lecturer aku sebiji macam orang yang paling aku cintai dan sayangi..muka mereka seiras..cara percakapan,senyuman.fuhhh..memang manis.sweet jer..lecturer aku ni ajar subjek ship operation..subjek yang aku minat tambah-tambahan plop ada mirip orang yang aku sayang dan cintai..

 this my lecturer
this is my lovely sweetheart

»»  READMORE...