Sejak tadi dia tidak menyentuh
kerja-kerjanya. Dia asyik melayan lamunan. Ada air jernih yang bertakung di
kelopak matanya. Sayu benar hatinya mengenangkan masalah yang semakin rumit.
Dia tahu dia tidak mampu melakukan apa-apa selain dari menerima sahaja keputusan
bapanya.
Semuanya kerana bapa yang begitu beriya-iya untuk mengawinkan dia dengan
anak member kamcingnya. Bapa juga kelihatan begitu gembira membincangkan
tentang tarikh dan majlis pertunangan itu.
Zalwani benar-benar tiada pilihan lain. Dia akur sahaja dengan kehendak
bapanya. Biarlah hatinya luka, namun dia tidak sanggup melukakan hati bapa.
Entah bagaimana pula dia hendak berhadapan dengan Farid. Dapatkah Farid
memahami keadaannya ketika ini.
Zalwani mengeluh lagi. Dia terkilan kerana akhirnya dia benar-benar
mempermainkan perasaan Farid. Walau sebenarnya dia sudah mula menyayangi dan
jatuh cinta kepada lelaki itu. Dia tidak sampai hati untuk menjadikan Farid
part time lovernya kerana lelaki itu terlalu baik. Dia ingin menjalinkan hubungan
yang serius dengan Farid. Itulah keputusan yang telah di buatnya.
Tapi segala-galanya hanyalah bersifat sementara sahaja. Farid harus
menerima keadaan ini sebagaimana dia sendiri akan cuba menerimanya. Mungkin
inilah balasan untuknya yang sanggup mempermainkan perasaan orang lain
semata-mata untuk kepentingan diri sendiri.
“kenapa ni Chan?”
“ Tiras...”
Zalwani lantas memeluk Atiras
Emyra. Entah kenapa hatinya sebak ketika ini.
“ kenapa ni?”
Tiras aku tak ada pilihan lain...?
Air mata yang bertakung melimpah
keluar.
“sabarlah chan, mungkin ini dugaan
buat kau.”
“aku sayangkan Farid, tiras. Aku
tak tahu macam mana nak berhadapan dengan dia.
“kau berterus terang sahajalah
dengan dia. Itulah sebaik-baiknya. Aku yakin dia akan memahami.” Atiras Emyra
memeluk Zalwani erat. Hatinya terasa sebak mengenangkan nasib yang diterima
Zalwani. “mungkin apa yang kita inginkan dalam itu tidak semestinya menjadi
milik kita...” “sabarlah chan.”