KLIK UNTUK DUIT

Followers

Monday, May 30, 2011

thanks abgteror

assalamualaikum,
saya ingin mengucapkan terima kasih kepada abgteror kerana menyiapkan header untuk saya..
inilah hasil kerja blog abgteror.
zorRo
»»  READMORE...

a night to remember-holiday villa

assalamualaikum,
ni nk citer sikit sal diner kat holiday villa..memang best giler..saya menang motor malam tu..hehehehe..xade la menang motor sy just dapat hamper,cenderamata and anak patung je..huhuhu..menang cabutan bertuah...huhuhu.mula-mula rasa xnak pergi pun.lama saya fikir punya fkir baik pergi..berbaloi la sy pergi.huhuhu..kalau x.xdapat la semua nie.







































.
zorRo
»»  READMORE...

Thursday, May 26, 2011

percutian di perdana beach resort

assalamualaikum,
hari ini saya bercuti kat perdana beach resort.nak kata tempat tersohor pun tak..kawasan kampung jea..abang dah booke so kira ok la...gambar2 bercuti kat sini insyaAllah akan menyusul.hendak cerita pun masih blur.tidak tahu nk kata apa..masih lum dapat idea ag nk mengarang.apa-apa pun akan aku cuba ikhtiar cmne..huhuhu..
zorRo
»»  READMORE...

Tuesday, May 24, 2011

bergaduh

assalamualaikum,
hari ini aku telah bergaduh ngan kawan aku,tidak tahu npe semua ini berlaku.adakah disebabkan aku.aku. Aku sendiri pun tidak tahu macam mana nie.macam mana hendak berdepan dengan dia nie.dah la malam ini aku ada test renang ngan dia.selalu nya aku yang pergi ambik dia masa nk pergi renang.adakah aku patut ambil dia??tapi aku belum bersedia hendak berjumpa dengan dia.errrrrrrrrrrrrrrr..adakah hubungan aku dengan dia boleh kembali ok..aku sendiri belum ada kepastiannya.harap-harap ok la..
zorRo
»»  READMORE...

Harapan Cinta Di Pagi Hari

assalamualikum,
"Kasihku Penyejuk Hatiku"

Sejuknya tiupan angin pagi ini ..
Menerpa lamunan ku yg terhampar jauh di alam khayalan ku ..
Membuat pandangan hati ku semakin kukuh padamu ..
Namun tidak bisa lagi ku rasakan khayalan itu ..
Mengapa semua ini begitu menyakitkan untuk ku ..?
Saat ini ku hanya ingin selalu berada dekat di sisimu ..
Dalam doa ku nanti kau kembali ..
Dari kenangan untuk sebuah harapan dgn
Sepenuh Cinta ku
Untuk bercerita dan berkongsi senda tawa
Dalam ikatan bahagia untuk hati kita
zorRo
»»  READMORE...

kecewa

assalamualaikum.
kadang-kadang apa yang berlaku itu ada hikmahnya.sama ada kita sedar atau tidak semua itu berlaku atas kehendaknya.kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan.Hidup ini tidak selalu gembira.kadang-kadang kita akan terluka kerana kawan.hari ini aku berasa terguris dengan sikap kawanku.masa susah kawan tapi bila senang lupa kawan.kawan yang sejati tidak akan meninggalkan kawan dan mengkianati atau menguris hati kawannya.atau mungkin hanya aku yang mengaggap dia kawan.jangan ingat aku diam dan buat bodoh aku ini tiada perasaan.hanya manusia yang menghormati kawan dianggap kawan sejati.awan tidak selalu mendung.hari ini mungkin aku kecewa dengan sikapnya.sekurang-kurangnya aku tahu sikapnya yang sebenar.tidak mungkin dia akan selalu berada di puncak keyangan.
zorRo
»»  READMORE...

Monday, May 23, 2011

Waktu

Selalu dalam ingatku.
Bayangmu yang damaikan hatiku.
Semestinya kita bisa bersama.
Bersatu ikatkan rasa.
Kerana sudah semestinya cinta.
Dapat menyatukan kita.
Bila saja aku pergi.
Genggamlah hatiku.
Hingga tak urung ku berpaling Jauh darimu.
Kasihku ... Sadarkah kau dengan inginku Kasihku ...
Andaikan waktu tidakkan tertimpa puing maslah.
pasti ku kan bahagia dengan indahmu .
ZorRo
»»  READMORE...

Friday, May 20, 2011

sorry semua sahabat bloggerku

assalamualaikum,
saya hendak minta maaf tidak dapat blogwalking  blog kawan-kawan.saya terlalu busy hendak siapkan ubah suai blog saya ini..
i am so sorry. Tapi saya janji akan blogwalking blog kawan-kawan apabila semua dah siap..
insyaAllah.
zorRo




   
»»  READMORE...

Thursday, May 19, 2011

menjadi follower putry yang ke 500

Assalamualaikum  . 
wahh ,terkejut saya apabila on je blogger tgok komen fuh . . 
nak tahu tak nape ? nak tahu tak ? 
haha menjadi follower yang ke 500 . . 
 blog putry . 



xsangka nie..setakat sy strt bw ni kali pertama sy menjadi begitu special..huhuhu
special la sangat kan..huhu
apa2pun tq to putry.o
org kata ada rezeki xkemana kot..


»»  READMORE...

aku tak bodoh

"Aku Tak Bodoh" Bukan Filem Ciplak

Barisan pelakon filem Aku Tak Bodoh (dari kiri) Amy Mastura, Riezman Khuzaimi, penerbit eksekutif Ahmad Puad Onah, penerbit Brando Lee, Ariel Zafrel, Aizat Hassan pada sidang media filem itu, Selasa. - Foto The Star oleh SHAARI CHE MAT
PETALING JAYA: Wakil penerbit filem Aku Tak Bodoh iaitu Ahmad Puad Onah dan Brando Lee menyangkal dakwaan kononnya filem tersebut meniru filem komedi dari Singapura iaitu I Not Stupid Too (2006).
Menurut Puad yang ditemui pada sidang media filem itu di Cathay E@Curve, Damansara, Selasa, filem Aku Tak Bodoh yang diarahkan oleh pengarah baru Boris Boo itu merupakan adaptasi daripada filem arahan pengarah Singapura, Jack Neo.
Bagi menyesuaikan dengan selera dan trend penonton di Malaysia, pihak Primeworks Studios dan beberapa syarikat produksi terlibat telah pun mendapatkan persetujuan daripada penerbit filem asal itu untuk mengadaptasinya kepada versi Bahasa Malaysia.
Ahmad Puad Onah
"Filem Aku Tak Bodoh tidak meniru atau 'ciplak' I Not Stupid Too arahan Jack Neo. Malah, kami juga bekerjasama dengan Neo sendiri dalam penerbitan filem versi Bahasa Malaysia ini.
"Tak dinafikan konsep dan jalan ceritanya sama tetapi kami tidak tiru bulat-bulat. Aku Tak Bodoh diubahsuai mengikut kesesuaian budaya, bahasa dan sensitiviti masyarakat Malaysia. Jadi, isu sebegini tidak sepatutnya timbul," katanya.
Brando yang juga penerbit bersama filem komedi keluarga itu menambah, Aku Tak Bodoh bukan sahaja diubahsuai daripada aspek persembahan dan isi kandungannya sahaja malah ia juga melibatkan pelakon, krew produksi dan dana daripada Malaysia.
Brando Lee
"Aku Tak Bodoh adalah filem Malaysia yang mengadaptasi filem Jack Neo. Bukan saja pelakon yang digunakan adalah pelakon dari Malaysia, malah krew penerbitan serta dana yang dilaburkan untuk filem ini juga datangnya daripada syarikat-syarikat di Malaysia.
"Senario mengadaptasi filem lain adalah sesuatu yang normal dalam dunia penerbitan filem di dunia tetapi kita memastikan filem adaptasi ini dihasilkan dengan sentuhan yang berbeza dan mengandungi elemen tempatan," katanya.
Filem yang bakal ditayangkan pada 2 Disember depan bersempena dengan musim cuti sekolah ini membariskan pelakon-pelakon popular dan baru tanah air seperti Riezman Khuzaimi, Amy Mastura, Ariel Zafrel, Aizat Hassan, Wan Noor Aizat, Namron dan Adibah Noor.
Aku Tak Bodoh yang menelan kos penerbitan sebanyak RM1.3 juta ini berkisar kepada konflik ibu bapa yang gagal memahami dan meluangkan masa bersama anak-anak ekoran kesibukan kerja sehingga menyebabkan anak-anak terjerumus kepada perkara-perkara negatif.
»»  READMORE...

Wednesday, May 18, 2011

cerita akhir dari kisah cintaku

assalamualaikum
npe mlm nie terasa nk menceritakan benda yang telah berlalu.kisah yang membuatkan aku pernah kecewa lam percintaan.dia merupakan cinta pertama aku.susah melupakan semuua itu.tetapi aku mesti melupakannya.
“Cinta adalah sebuah kejujuran”
Inilah akhir cerita dari cerita akhirku
Awalnya penuh bunga dan akhirnya muncul nanah
Hanya ikhlas yang dapat kuhadirkan di hati
Lainnya telah hilang
Kerana letih yang memuncak
Tenang saja,
Aku tidak akan jatuh ke lubang yang sama
untuk kedua kalinya
kerana kutahu rasanya yang melenakkan itu
Jika aku boleh mengecap rasa yang sama lagi,
Maka tolong izinkan aku untuk menggunakan logika ku,
Dan mematikan perasaanku,
Namun tidak dengan nuraniku
HMMMM……..
Mungkin ini rumusan yang tepat untuk menghadapi ujian
selanjutnya
Yang sekarang,
Kenangan tetaplah menjadi kenangan
Dan, tidak berwajah (ketika bercermin di hatiku)
Jadi, tidak ada yang perlu ditakutkan ..
Yang perlu kubangun sekarang adalah
pondasi iman yang kokoh
Dan ..
Belas kasih terhadap manusia lain
Belas kasih terhadap manusia lain?????
Kepadanya juga????
Akkhhhhh….!!!!
Seandainya aku bisa menggantinya dengan hukuman yang
sepadan
Okeeeyyy….!!!!
Aku ini fair! Aku ini jujur! Dan… aku ini naif..!??
Jadi,akan kulakukan apapun yang menurut keyakinanku
benar.
Selamat tinggal!
»»  READMORE...

Tuesday, May 17, 2011

malam tanpamu

Tanpamu..
malam ini terasa sepi sekali.
hanya sesekali suara jangkrik memecah kebisuan.
Kadang nyaring. menyentak lamunanku.
Kadang pilu. menggugah sudut hatiku.
Mengusik segala diamku. Kembalikan kenangan waktu itu.
Saat-saat kau ada bersamaku dengan riangmu.

Krik! Krik!
Suara-suara itu semakin lama makin membahana.
berirama di telingaku.
mengikuti detak-detak jantungku. terasa semakin bernada.
seakan mengajakku melangkah untuk berdansa.
satu... dua... satu.. dua...
aku berdansa. berputar. menari.
dalam irama ilusi. aku semakin asyik bermimpi.

Aku terus menari. terbang. melayang.
sampai menembus gumpalan awan. halus. lembut.
tersentuh oleh ujung-ujung jariku.
putih. biaskan cahaya indah di pelupuk mataku.

Aku terus menari. menghibur diri. mengisi sepi.
mengukir rasa pada hari-hari ini. tanpamu.
aku tenggelam dalam nadaku.
terlarut dalam rangkaian kata-kataku.

Aku terus menari. dan akan tetap menari.
sampai kau datang mengganti.
sampai kau kembali mengusir malam yang sepi.
»»  READMORE...

Monday, May 16, 2011

assalamualaikum.
hari ini byak benda yang berlaku.ada yang baik ada yang buruk.yang buruk kita jadikan sempadan dan yang baik plop kita jdikan teladan.yang baiknya klas aku setakat minggu ni je..lpas tu cuti study week n final n lepas tu cuti sem sebulan.ok la tu.dulu 3 minggu je.ada perubahan la.xsabar nak blik kg nie.to all my fren wait for me ok.bila blik kb kita round satu kelantan..xsabar nk jumpa kalian semua...huhuhuhu..satu lagi kelas renang mlm esok pun turut batal.tp yg xbestnya minggu depan dah nk kena nilai dah.huhuhu...harap2 berjaya la.yang buruk plop aku nk marah la guna laptop aku xpernah pun cakap nk guna.pakai main ambik je.aku xshuka la cmni..benda ada tuan kan.ckp la nk guna.kalu sekali xpe la.ni dah main berkali-kali apa hal. bkn nk kata aku kedekut x.masalahnya xmintak.dah la xminta lpas guna biar cmtu je n orang lain plop sambung guna.bukan laptop wakaf ni nk main pass2 nie.walaupun lappy ku bkn mahal sgat.tp ini hadiah dari ibu aku.so aku kena la jga dia baik2.lgpun aku bkn asal dri keluarga yang senang2.aku datang dri keluarga yang sederhana je.

p/s:aku bkn nk marah sangat,tp kalu nk guna minta la dulu..
»»  READMORE...

selamat hari guru

assalamualaikum.
saya ingin mengucapkan selamat menyamabut hari guru pada 16 MEI KEPADA SEMUA WARGA PENDIDIK DI SELURUH NEGARA...GURU PENJANA TRANSFORMASI PENDIDIKAN NEGARA....itulah kata slogan tema hari guru tahun 2011 ini.

warkah hari guru

Ke hadapan pelukis yang melakarkan
ona ragam manusia masa hadapan
“Selamat sejahtera, cikgu!”
Kalimat itu masih tergiang di telingaku
walaupun baju seragam sekolahku
yang dahulu ku pakai setiap hari, telah ketat kini.
Cikgu,
Ah, terlalu besar nama itu
di setiap lurah dan lembah
di setiap teratak dan rumah
di setiap pelusuk kota dan desa
jasamu pasti ada bertahta di sana.
Cikgu,
Kata mereka kau ibarat pelita
tapi bagiku kau lebih dari itu
pelita akan padam bila minyaknya tiada
tapi kau adalah permata kalbu
bercahaya tanpa kehabisan minyak dan sumbu
selama kau masih bergelar GURU.
Cikgu,
Cuma satu pesan
 ringkas tapi ikhlas dariku
jangan sekali kau kencing berdiri
kelak pelajarmu kencing berlari.
Cikgu,
Jadikanlah warkah ini, prosa berharga
untuk tidak berkongsi dosa.
Terima kasih, cikgu!
Yang mengenang jasamu,
aku
ZorRo
terima kasih kerana berjaya berjaya mendidik anak bangsa menjadi manusia yang berguna kepada agama nusa,bangsa dan negara.tanapa kalian proses memanusiakan manusia ini tidak akan berjaya.inilah wajah2 guruku yang mendidik anak-anak bangsa
p/s :terima kasih cikgu....
»»  READMORE...

Thursday, May 12, 2011

back home

assalamualaikum semua..sory yea sy xdapat mengupdate blog sya dalam beberapa hari ini..saya mahu pulang bercuti hujung minggu kat rumah..sdah lama xblik rumah ini..rindu bebenar kat my mom n my sibling n my nephew yang sweet2..huhuhu..tapi saya akan cuba meluangkan masa menziarahi blog anda semua jika ada kesempatan..so tunggu sy terjah blog kamu yea...salam bloging..huhuhu..kepada yang telah memfollow saya tu, saya ucapkan tirima kasih..saya akan follow u back..kepda sesiapa yang belum follow blog saya tu follow lah cepat yea..tQ.saya akhiri dengan wasalam..


p/s : skema ayat....maklumlah masih student...
»»  READMORE...

selamat hari jururawat

assalamualaikum..saya nk ucapkan selamat hari jururawat kepada semua yang bergelar jururawat.tanpamu sakitlah pesakit..huhuhu...cewah...kepada kakak saya yang bergelar sister tu selamat menjalankan tugas anda dengan penuh tanggungjawab dan ikhlas.semoga memberikan perkhidmatan yang terbaik buat peasakit dan tidak lupa jgak kepada mereka yang bergelar jururawat..  


selogan : kami sedia membantu
jgan slogan je kami sedia membantu..bantulah mereka yang memerlukan tidak kira kaum,darjat dan status..
peace..huuhu

comelnya jururawat ni...huhuhu





dengan slogan kami sedia membantu


ni salah satu perkhidmatan bagi seseorang jururawat..


p/s : sekadar gambar hiasan.selamat hari jururawat...tanpa mu....!!!!
»»  READMORE...

May 12, 2011 Pisces

If you've run across any trouble in the last few days, you're likely to bounce back to your usual, cheerful self today, Pisces. It may be that you and your partner find productive ways to handle the stress that you're under, or it could be that someone close to you has pointed out the silver lining in the dark cloud that you were previously unable to see. The Lunar emphasis is on partnership; working together closely with another in order to accelerate your physical or emotional recovery is favorable.
»»  READMORE...

Inginku Untukmu

Selalu dalam ingatku. 
Bayangmu yang damaikan hatiku. 
Semestinya kita bisa bersama. 
Bersatu ikatkan rasa. 
Karena sudah semestinya cinta. 
Dapat menyatukan kita. Bila saja aku pergi. 
Genggamlah hatiku. 
Hingga tak urung ku berpaling Jauh darimu. 
Kasihku… Sadarkah kau dengan inginku Kasihku… 
Andaikan waktu tidakkan tertimpa puing maslah. 
pasti ku kan bahagia dengan indahmu…
»»  READMORE...

Wednesday, May 11, 2011

aktiviti renang di malam rabu

assalamualaikum hari ni saya nk citer skit pasal kena p latihan renang..memang best giler dapat terjun..hanya 9 orang je dpt terjun coz yang lain lum dapat kuasai semua teknik....sebuah kolam renang kat saya belajar berenang ni hanya 25 orang tuk satu sesi latihan renang..berbaloi la dapat terjun...nati bila saya tamat belajar kursus yang saya ambik pun kena pandai berenang ni mklumlah bidang marin kan..sampai nk demam saya hari ini..ni tgah sakit kepala la ni..air masuk dalam telinga masa buat terjunan..first time terjun dari tempat tinggi..dulu masa kecik2 biasa mandi and terjun kat tali air je..huhuhu...byak benda saya belajar hari ni...first yang perlu dilakukan sebelum berenanag adalah bubling...ni perkara yang penting dalam teknik berenang...baru boleh buat gaya freestyle,skuad dada n gaya2 lain...

p/s : saya pun xthu apa yang saya duk mencarut malam ni...wty best sangat berenang walaupun letih...
»»  READMORE...

Tuesday, May 10, 2011

terima kasih daun keladi...

as salam terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepad syahadasubri kerna telah menunjukan cara-cara membuat tutorial hide shoutbox bergambar kepada saya...ni blog yang dia beri petunjuk kepada saya...cik lyssa...tq byk2 k....
terima kasih daun keladi
susah-susah tolong lagi saya erk ..
huhuhuhu

p/s :omong-omong kosong di magrib ini...abaikan..jom p solat...jom ramai2!!!
»»  READMORE...

Monday, May 09, 2011

selamat hari ibu

setiap hari bgi sy hari ibu..bkn tuk hari ini je..bagi sy 365 hari setahun adalah hari ibu..so kepada para ibu dan yg bakal menjadi ibu itu saya ucapkan selamat hari ibu..love u so much mother..tanpa kau siapalah diriku pada masa ini....kepada anak2 diluar sana jgn menderhakai ibu..ibu adalah permata yang berharga yang tiada nilai harganya.selagi dia masih hidup hargailah dia.ibu merupakan anugerah Allah kepada kita.wang dan harta benda boleh dicari tetapi ibu tidak ada dijual dimana-mana kedai.so sygilah dirinya dan berbaktilah kepada dia selagi kita masih hidup..
p/s:syurga org lelaki dibawah tapak kaki ibu...berdosa besar    menderhakai ibu..
»»  READMORE...

Sunday, May 08, 2011

EH, TAK SANGKA KO PULAK JADI LAKI AKU!

tadi ko buzz aku kat YM. aku malas betol nak layan. aku tau ko just nak menhanjeng aku pasal aku kantoi tak mandi pi kelas pagi tadi. dan ko buzz lagik, dan ko buzz lagik. dan......... okeyh aku buzz balik. ko teros taip, "HOI BUSUK!" dan kita teros berbalah-balah, mengutuk satu sama lain...... sampai ke pagi... hey, ko tau aku sebenarnya tengah gadoh dengan BF aku, tapi dengan gadoh-gadoh dengan ko kat YM aku teros lupa rasa sedih aku...

macam biasa, pukul 11 time aku online. aku online ym, dan...... ko buzz lagik. aku macam seronok jek bergadoh manja-manja dengan ko semalam, maka hari nih aku pon teros layan dan layan dan layan.... sampai lebammm!

masuk hari ketiga, kita bukan sekadar bergadoh malah start share problem each other. mesti laa kau start dulu, sebab aku kan tengah dingin dengan bf aku. aku cerita lah pasal hubungan kiteorang, pasal bergadoh, pasal memujuk.... ko dengar jek, dengan ikhlas hati. sampai pukul 5am ko layan dengar citer aku.

hari keempat pulak, turn ko cerita semua. ko cakap ko malas kapel sebab ko ada sejarah hitam. aku paksa-paksa, ko pon cerita ex ko dulu curang dengan ko! dah laa dia curang dengan kawan baik ko. so, ko rasa malas nak cayer pompuan dahh. ko cerita jugak pasal some of girls who our classmate yang suka kacau-kacau ko. ko cakap, ko bukan tak suka tapi ko belom bersedia...

day-by-day kita dah jadik macam rutin sembang-sembang kat YM. kat kelas kadang-kadang jek kita bertegur sebab kita hanya sama satu kelas. ko pon busy aku pon busy dengan hal aku. kadang-kadang kalo aku atau ko tak online, mesti rasa incomplete gilaa.

satu hari, aku dapat tau bf aku ada orang lain. Miza nama skandal dia.. halaaa, Miza yang hot tuh. yang ko penah citer pasal dia dulu. Miza memang hot, cantik, kulit halus, bergaya, pandai, confident tinggi, etc2. pendek kata miza perfect lah. nak comparekan dengan aku, memang jauh laa bezanya.lama jugak aku bersedih. masa tuh aku tak online. aku menangis. ada dalam seminggu aku macam tuhh. rasa rendah diri beb! lagik pulak, dah laa bf aku cakap sendiri kat aku, dia sayang Miza lebih dari dia sayang aku! sedih kan?

weekend tuh aku online. aku remove bf aku dari fesbuk. dan jugak Miza. okk status dorang in relationship okk! ohh memang bf aku hot, baru seminggu clash dah in relationship. WT............

aku on ym. wahhh, ada banyak message dari ko. tiap-tiap hari ko bagi aku semangat! mana ko tau aku bersedih? terharu you.... tapi no wonder la kan, department kita bukan besar mana. mesti ada orang sok sek punyaa. malunyer aku! mesti semorang tau aku loser... demmm!

5 minit termenung depan skrin, ko buzz. aku tengok jekk. aku rasa malu. malu dengan semorang. tetambah dengan ko. konon-konon citer aku bercinta macam nak gilaa, tetiba......... hermmm.

ko keep on buzz ym aku, sebab aku tau ko nampak aku online kan? tetiba ko cakap, "dina, baik ko buzz aku balik. kalo tak aku kol ko sekarang!" halamakkk, aku tengah nangis nih mana boleh kasik dia kol. aku teros buzz cepat-cepat...

okk habes semua aku citer kat ko. dari A-Z. petang tuh jugak ko bawak aku jalan-jalan kat KLCC. dengan mata bengkak aku, ko try bagi aku gelak! macam-macam lawak ko buat. seryes, i'm tacing beb! tapi...... aku ingat kata-kata ko, ko tak nak berkapel, maka tak boleh laa aku nak ada perasaan lebih-lebih kat ko.

semua maintain macam ni jek. kita still kawan. ko selalu bagi semangat kat aku. bila kita free kita hang out sama-sama. sampai laaa masa kita grad, tak der apa-apa yang berubah. ko dengan aku still kawan.....

----------------------

aku kena posting kat johor, ko pulak sabah. still ym dengan fesbuk penghubung kita. oh yea, aku benci pegang handphone, maka kita memang jarang berhubung melalui telephone.

ko selalu tanya aku, "ada bf baru belom?" aku.... "nanti dulu serik lagik!" aku malas tanya ko sebab ko memang akan jawab, "nak teros kahwen jek!"  okk, fine!

selama tiga tahun, kita tak jumpa. ye laa, hometown ko pahang, aku perak! kalo balik sekali-sekala mesti banyak hal dengan keluarga nak uruskan. memang berhubung dengan cara itu, ym dan fesbuk....

-----------------------------

hari nih 3 syawal. aku tak online dah tiga hari sebab sibuk dengan tetamu, dan kawan-kawan yang berkunjung. tetiba ko text aku, "aku nak ke perak dengan keluarga, ada hal..." aku, "sempat singgah la rumah.." ko balas, "meh address, full address, kalo sempat aku singgah!" sampai malam aku tunggu, nan adooooooo! so, aku tak harap apa-apa laa kan. ko pon cakap KALAU SEMPAT.

4 syawal. wedding kawan aku kat ipoh. aku bangun awal pagi sebab aku janji dengan yang lain nak bertolak dalam pukul 11 pagi. tapi hati aku berdebar-debar. ohhh, nak tengok kawan kawen kot sebab tuh berdebar.... pukul 11 pagi aku pergi... sampai ke malam jugak laa baru balik rumah. biasa la kan lama tak jumpa kengkawan sekolah...

balik rumah malam tuh, ibu, ayah dengan keluarga-keluarga lain tengah duduk kat ruang tamu. aku masuks emua mata pandang aku. aku mula cuakk. aik, takkan sebab aku balik lambat kena marah? aku kan dah besar..... ker baju aku over sangat? lipstik comot? eh, eh kenapa nih??

ibu panggil duduk sebelah ibu. seryes aku cuakk!

ibu: dina, ibu ada benda nak cakap nihhh........ (muka ibi senyum-senyum. tenang jek..)
aku: kenapa ibu? maaflah dina balik lambat, jumpa kawan-kawan seronok bersembang. dina janji dina takkan buat lagikk. (aku gelabah!)

semua tergelakk. kakak aku, abang ipar aku, adik-adik aku. hermmmm....

ibu: bukan tu laa dina. itu ibu paham. lagi pon dina dah besar, ibu tau dina pandai jaga diri...
aku: habes tuh ibu??
ibu: ibu dah terima pinangan seorang tadi untuk dina. dina pon dah lanjut usia, ibu nak anak ibu kahwin, ada keluargaa...
aku: hah? siapa ibu orangnya? ibu...... dina tak nak kawen lagik. dina belom jumpa suami yang baik buat dina lagikk. ibu... please....
ayah: tapi kami dah terima. budak nih cakap dia dah kenal dina 7 tahun dah. takper laa, esok dorang datang lagik nak dengar kata putus dari mulut dina, dina pikir yeaa...
aku: tapi dina berhak untuk tolak kan kalo dina rasa tak sesuai?
ayah: yea dina ada hak. tapi........ dina dah 27. karang lambat-lambat takder saper nak dina..


aku teros naik atas. ohh patot laa aku berdebar-debar. tapi....... siapa ek yang dah kenal aku selama 7 tahun? tah-tah ex aku? ohhhh NO! aku takkan terima diaa.......

aku teros on lappy. bukak ym. tunggu ko online. hermm, takder pulakk! mesti sebuk beraya nih. aku nak message ko citer apa yang terjadi, tapi........... ko mesti sebuk kot kan? hermmmm. so aku teros jek taip aper aku nak cakap.. nanti ko online mesti ko bacaa.. lepas taip-taip teros aku tertidor, penat berjalan seharian kot.

pagi-pagi lagi dah terbau sedap dari dapur. aku mandi, solat dan turun bawah...

"eh along banyak gila ko masak. saper nak datang?"
"kawan aku nak datang kang.. meh-meh tolong aku!"

pukul 9 pagi, makanan semua dah terhidang atas meja. ibu suruh aku tukar baju kurung. aku tak nak sebab aku nak tunjuk muka sememeh aku depan rombongan meminang tu karangg. haaa, baru dia tau betapa hodohnya aku... konpem teros rejek nak kawen dengan aku..

9.30 pagi rombongan pon sampai. ayah aku punyaa nak tunjuk baik, jempot dari depan pagar rumah. sebelum mak aku bangun bersalam mak aku bisik kat aku, "Dina pikir baik-baik. untok masa depan ko jugakk!'' teros ibu bangun dan ke muka pintu.

kakak aku tarik aku ke ruang tamu untuk salam-salam. aku pon bangun. seryes selekeh. aku pakai tshirt labuh kaler hitam, dengan seluar tidor. tudung indon kaler pink. biarkan ko kecewa wahai orang yang pepandai nak masuk meminang. hahaha!

sampai ruang tamu, aku terkedu.. aik, aik asal mamat nih ada sekali? aku salam semua pompuan-pompuan yang ada kat situ teros aku duduk sebelah ko. "amir, ko datang salah time laa. sekarang tetamu ayah aku tengah ramai. jom pergi dapur, kita makan-makan! kesian ko datang dari jauh.."

semua orang pandang aku... tetiba ayan aku bersuara....

"aik, kata tak nak terima, tuh dah ajak pi dapur makan-makan ape cer?

aku? haaaa?

"amir ko dah gilaa? ko jangan main-main amir. ko kenal aku macam mana kan? nih bukan hal kecik-kecik amir. ini seryes!"

amir: pasal aku kenal ko laa aku buat macam nihh. aku seryes dina! believe me....

aku............ teros nangis, dan............ yeah, i accept him tapi...... malu-malu!

------------------------

AMIR ZAQUAN:

sebenarnya kan.......... aku dah suka ko sejak kita sama kelas! tapi aku tak tau nak sembang aper. lucky ko approve aku jadik member ko kat fesbuk and ym. kebetulan ko kantoi tak mandi depan aku... memang aku senyum-senyum sepanjang hari tak sabar nak bahan ko sebab by that way baru aku ada point nak sembang dengan ko. hehehe~

masa ko citer pasal bf ko, aku sebenarnya jelesss. sebab tuh aku balas lambat. ko cakap aku sabae mendengar kan? sebenarnya takk, aku dok tahan hati... kalo aku balas on-the-spot wajib kantoi aku jeles. hehe..

kebetulan pulak bf ko bagi chance kat aku by dua kan ko! masa tuh aku sedih laa tengok ko sedih. tapi...... separuh hati aku dah nampak peluang aku cerahh...... yeahha!

kenapa lambat sangat kan aku take action? sebab.... aku nak tengok sejauh mana ko boleh lupakan bf ko. sejauh mana ko perlukan aku. tapi bila dah tiap-tiap hari ko mesti chat dengan aku, okk i think i mean a lot for you! kan?

and........ aku penah dikecewakan, maka..... i'm sick of couple. aku nak kawen teros! i told you earlier kan? so, sekarang aku dah try. cuak tau time baca kat ym tuh ko nak rejekk orang tuh.. tapi......lucky ko accept jugak aku! jom la kawen, jom laa kawen... cepat-cepat tau sayang... I LOVE YOU!

---------------------------------

FARAH MEDINA:

aku kan, aku kan............ okeyh, aku dah tersuka kat ko since ko hiburkan aku kat klcc time aku putus! hahaha. tapi.... ko kan laki, takkan aku nak start dulu kan? so, diam-diam sudahhh.

cakap panjang tak laratt......... so, I LOVE YOU TOO.... kawen? SABARLAA SAYANGG. opp!

-----------------------------------

just few days left. cuti sekolah nih kiteorang bakal berkahwin! yeahhaaaa........................ eh, eh nak panggil dia aper eh? hermmm.

- - -  - - - - - - - END - - - - - - - - - -

wajib ler cerita tipuuu..................... grrrrrr~ (takder kena-mengena dengan yang mati ataupon yang masih hidop!)

moral: kita tak tau kan saper jodoh kitaa.. tapi dah ditentukann... so.. jangan ler cinta kat pasangan kita lebih-lebih sangat.. yang still berkepel lerr... nak cakap lebih-lebih aku pon lebih kurang jek. sama-sama laa bermuhasabahh eh! peace:)

sumber : AISHA SAAD
»»  READMORE...

6 perkara ALLAH sembunyikan

SETELAH ALLAH SWT SELESAI MENCIPTAKAN JIBRAIL AS DENGAN BENTUK YANG CANTIK, DAN ALLAH MENCIPTAKAN PULA BAGINYA 600 SAYAP YANG PANJANG, SAYAP ITU ANTARA TIMUR DAN BARAT (ADA PENDAPAT MENYATAKAN 124,000 SAYAP). SETELAH ITU JIBRAIL AS MEMANDANG DIRINYA SENDIRI DAN BERKATA:

"WAHAI TUHANKU"

* ADAKAH ENGKAU MENCIPTAKAN MAKHLUK YANG LEBIH BAIK DARIPADA AKU?

* LALU ALLAH SWT BERFIRMAN YANG BERMAKSUD..."TIDAK"

* KEMUDIAN JIBRAIL A.S BERDIRI SERTA SOLAT DUA RAKAAT KERANA SYUKUR KEPADA ALLAH SWT. DAN TIAP-TIAP RAKAAT ITU LAMANYA 20,000 TAHUN. SETELAH SELESAI JIBRAIL AS SOLAT,

* MAKA ALLAH SWT BERFIRMAN YANG BERMAKSUD

"WAHAI JIBRAIL, KAMU TELAH MENYEMBAH AKU DENGAN IBADAH YANG BERSUNGGUH-SUNGGUH, DAN TIDAK ADA SEORANG PUN YANG MENYEMBAH KEPADAKU SEPERTI IBADAT KAMU, AKAN TETAPI DI AKHIR ZAMAN NANTI AKAN DATANG SEORANG NABI YANG MULIA YANG PALING AKU CINTAI, NAMANYA MUHAMMAD, DIA MEMPUNYAI UMAT YANG LEMAH DAN SENTIASA BERDOSA SEKIRANYA MEREKA ITU MENGERJAKAN SOLAT DUA RAKAAT YANG HANYA SEBENTAR SAHAJA, DAN MEREKA DALAM KEADAAN LUPA SERTA SERBA KURANG, FIKIRAN MEREKA MELAYANG BERMACAM-MACAM DAN DOSA MEREKA PUN BESAR JUGA. MAKA DEMI KEMULIAANKU DAN KETINGGIANKU, SESUNGGUHNYA SOLAT MEREKA ITU AKU LEBIH SUKAI DARI SOLATMU ITU KERANA MEREKA MENGERJAKAN SOLAT ATAS PERINTAHKU, SEDANGKAN KAMU MENGERJAKAN SOLAT BUKAN ATAS PERINTAHKU"


* KEMUDIAN JIBRAIL A.S BERKATA

"YA TUHANKU, APAKAH YANG ENGKAU HADIAHKAN KEPADA MEREKA SEBAGAI IMBALAN IBADAT MEREKA?"

* LALU ALLAH BERFIRMAN YANG BERMAKSUD

"YA JIBRAIL, AKAN AKU BERIKAN SYURGA MA'WAA SEBAGAI TEMPAT TINGGAL...."

* KEMUDIAN JIBRAIL AS MEMINTA IZIN KEPADA ALLAH UNTUK MELIHAT SYURGA MA'WAA. SETELAH JIBRAIL AS MENDAPAT IZIN DARI ALLAH SWT MAKA PERGILAH JIBRAIL AS DENGAN MENGEMBANGKAN SAYAPNYA DAN TERBANG, SETIAP DIA MENGEMBANGKAN DUA SAYAPNYA DIA BOLEH MENEMPUH JARAK PERJALANAN 3000 TAHUN, TERBANGLAH DUA SAYAPNYA DIA BOLEH MENEMPUH JARAK PERJALANAN 3000 TAHUN, TERBANGLAH MALAIKAT JIBRAIL AS SELAMA 300 TAHUN SEHINGGA IA MERASA LETIH DAN LEMAH DAN AKHIRNYA DIA TURUN SINGGAH BERTEDUH DI BAWAH BAYANGAN SEBUAH POHON DAN DIA SUJUD.

* KEPADA ALLAH SWT LALU IA BERKATA DALAM SUJUD ;

* "YA TUHANKU APAKAH SUDAH AKU MENEMPUH JARAK PERJALANAN SETENGAHNYA ATAU SEPERTIGA, ATAU SEPEREMPATNYA?"

* KEMUDIAN ALLAH SWT BERFIRMAN YANG BERMAKSUD

"WAHAI JIBRAIL, KALAU KAMU DAPAT TERBANG SELAMA 3000 TAHUN DAN MESKIPUN AKU MEMBERIKAN KEKUATAN KEPADAMU SEPERTI KEKUATAN YANG ENGKAU MILIKI, LALU KAMU TERBANG SEPERTI YANG TELAH KAMU LAKUKAN, NESCAYA KAMU TIDAK AKAN SAMPAI KEPADA SEPERSEPULUH DARI BEBERAPA PERPULUHAN YANG TELAH KUBERIKAN KEPADA UMAT MUHAMMAD TERHADAP IMBALAN SOLAT DUA RAKAAT YANG MEREKA KERJAKAN..."

MARILAH SAMA2 KITA FIKIRKAN DAN BERUSAHA LAKUKAN.. SESUNGGUHNYA ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN ENAM PERKARA IAITU ;

* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN REDHA-NYA DALAM TAAT

* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN MURKA-NYA DI DALAM MAKSIAT

* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN NAMA-NYA YANG MAHA AGUNG DI DALAM AL-QURAN

* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN LAILATUL QADAR DI DALAM BULAN RAMADHAN

* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN SOLAT YANG PALING UTAMA DI DALAM SOLAT (YANG LIMA WAKTU)

* ALLAH S.W.T TELAH MENYEMBUNYIKAN (TARIKH TERJADINYA) HARI KIAMAT DI DALAM SEMUA HARI
 
 SEMOGA KITA MENDAPAT BERKAT DARIPADA ILMU INI.
WALLAHUALAM
KALAU RAJIN... TOLONG SEBARKAN CERITA INI KEPADA SAUDARA MULIM MUSLIMAT YANG LAIN AGAR MENJADI RENUNGAN DAN PELAJARAN KEPADA KITA SEMUA. ILMU YANG BERMANFAAT IALAH SALAH SATU AMAL YANG BERKEKALAN BAGI ORANG YANG MENGAJARNYA MESKIPUN DIA SUDAH MENINGGAL DUNIA.....

sumber : Islam Bersatulah


»»  READMORE...